Tercari-cari resipi Air Asam paling sedap? Ini resipi yang anda kena cuba. Air asam ni kalau kena dengan nasi panas, ulam dan lauk ikan bakar, memang bertambah nasi di pinggan. Lebih-lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu-dulu. Memang padu. Walaupun hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi , beliau berkongsi resipi air asam yang diwarisi dari arwah neneknya. Mesti sedap! Ada pula ikan bakar. Fuhhh… Jom cuba!
RESIPI AIR ASAM PUSAKA & IKAN KETUKA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN AIR ASAM:
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan bara dan bakar ikan ketuka/pari tanpa garam hingga masak dan garing pada kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
4. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
5. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
INFO: Selain ketuka atau pari, pencicah air asam ini juga sesuai dinikmati dengan aneka ikan bakar yang lain.