Cara Mudah Buat Apam Mekar Yang Sangat Gebu & Lembut

Share

Apam Mekar adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, Apam Mekar ini juga tidak sukar untuk disediakan. Jika nak cuba, resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Bolehlah cuba buat untuk minum petang atau sarapan. Pasti puas hati.

 

RESIPI APAM MEKAR YANG SEDAP & GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji telur A
  • 100gm gula pasir
  • 125gm tepung gandum
  • 100ml susu segar
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna yang disukai secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.
2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.
3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan.
4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.


5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas.
6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag)


7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

NOTA:

  • Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam.
  • Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)

 

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur