Bawang putih jeruk bukan sahaja menaikkan selera bahkan menjadikan hidangan nasi kerabu lebih enak. Untuk menikmatinya pula, biasanya kita akan beli yang ready made dari Thailand tu. Tapi sebenarnya, puan-puan boleh je buat bawang jeruk homemade ni hanya guna bawang putih yang biasa kita guna dalam masakan tu. Menerusi perkongsian di blog CikManggis, beliau berkongsi cara-cara buat jeruk guna bawang putih biasa. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan!

 

BAWANG PUTIH JERUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya. Kukus hingga masak. – beli online DISINI
  • 1 cawan cuka beli – beli online DISINI
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula – beli online DISINI
  • 5 sudu makan garam (empunya resipi guna 4 sudu makan sahaja)

CARA MEMASAK:
1. Satukan air,garam,gula dan garam ke dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.


5. Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.

IKLAN

Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!

 

Kredit gambar & resipi sepenuhnya: blog cikmanggis ( http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.my/2010/11/jeruk-bawang-putih.html )

 

Dapatkan PERIUK KUKUSAN yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Masak Thai Ala Kedai Siam Paling Sedap & Mudah Masak

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

Resipi Kuih Bom Sedap, Lembut & Gebu Hanya Guna 4 Bahan.

Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official