
Menu rebus dan kukus semestinya sangat bagus untuk dijadikan sajian terutamanya jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan. Malah, makanan segera dan sedia proses pun lebih bagus jika dielakkan. Namun hidangan sihat ni rasanya agak hambar. Oleh itu anda boleh cuba buat bebola ikan homemade ni untuk dimasukkan ke dalam menu sihat anda. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
- 1 sudu teh lada hitam kasar
- 1 biji bawang merah saiz sederhana
- 1/2 sudu teh gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk lada hitam hingga halus.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.
6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.
8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.
Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Siakap Masak Pla Rad Prik, Rasanya Sama Seperti Di Kedai Siam!

Kalau selalu makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Rupanya ikan masak tiga rasa kalau di kedai Siam, dipanggil Pla Rad Prik.
Menurut lelaki yang berkongsi resipi istimewa ini, Kamarul Ariffin Nor Sadan, bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan rasanya memang seperti yang dihidangkan di kedai siam.
SIAKAP MASAK PLA RAD PRIK
BAHAN-BAHAN: (2-3 orang)
1 ekor ikan sikap (saiz sederhana)
1 labu bawang putih – beli online di sini
5 tangkai cili padi merah – beli online di sini
5 tangkai cili padi hijau
1 ikat daun ketumbar
3 sudu besar sos ikan – beli online di sini
2 sudu besar pes asam jawa – beli online di sini
2-3 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
2 sudu besar gula nipah
Garam dan gula secukup rasa
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARA-CARA:
1. Saya guna ikan siakap. Biasanya di Siam, pakai ikan tilapia kata tukang masak tu. Kau orang boleh guna ikan yang kau suka. Jika guna siakap, saya suka belah ikan macam ni. Cepat masak.
2. Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Goreng ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan.
4. Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan?
6. Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel.
7. Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam.
8. Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa.
9. Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu!
10. Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi!
11. Ini dia! Pla Rad Prik! Rasa sama macam kedai Siam punya! Pedas, masam, masin, manis! Makan dengan nasi putih, memang terangkat! Tapi macam tak cukup kuah, kan?
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap Buat Kudapan, Cara Mudah Buat Kuih Siput Perasa Asli & Kari
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Step By Step Ikan Kerisi Masak Pindang. Sedap, Simple Dan Pedas Menyengat!

Ikan masak pindang atau ada sesetengah tempat panggil singgang tumis. Resipi ringkas tapi rasanya cukup menyegarkan selera makan. Resipi daripada perkongsian Facebook Sue M Shaunki.
IKAN MASAK PINDANG
BAHAN-BAHAN
- 4 – 5 ekor ikan kerisi ( bergantung dengan saiznya) – boleh juga guna ikan tenggiri,gelama,haruan, & ikan merah.
> Kunyit Garamkan,kemudian goreng separa garing ya - 1 kiub ikan bilis maggi
- 1/2 sudu teh lada hitam – boleh tambah
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit ( untuk kuah)
- 1 tangkai cili besar – belah dua
- 1 biji tomato – belah 4.
- 2 keping asam gelugor atau setengah cawan air asam jawa. ( agak-agak je)
- 3 cawan air atau lebih jika nak berkuah lebih.
- 3 sudu minyak untuk menumis
- Garam & gula ikut sedap mulut ya
Alhamdulillah,
Rezeki suami beli ikan kerisi yang agak besar, cuci bersih-bersih & garam kunyitkan siap-siap.
Ikannya besar jadi saya potong dua untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam periuk
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah – belah 4
- 2 inci halia – hiris boleh ketuk pon boleh
- 6 ulas bawang putih**
- 2 batang serai **
- 10 biji cili padi ** – boleh tambah kalau suka
(**) – ketuk – ketuk je.
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan kerisi separa garing ( jgn garing sangat,hilang manisnya nanti),angkat dan toskan.
TIPS SUPAYA IKAN TIDAK MELEKAT
- Tabur garam dalam minyak sebelum masuk ikan.
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan, kalih ikan selepas 2-3 minit.
- Tips ibu mertua saya, masukkan asam keping sebelum masuk ikan.
(Boleh cuba salah satu, saya dah cuba semua)
2. Pecah- pecahkan cili padi kampung yang pedas ini.
3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai dengan 3 sudu minyak.
4. Bila semua bahan tadi dah mula layu, masukkan air.
TIPS ELAK BERKECAH:
- Kalau tidak mahu dapur berkecah sebab percikan air, Tuang air itu atas senduk seperti dalam gambar. InsyaAllah tidak ada percikan air berlaku
5. Masukkan serbuk kunyit,asam keping & lada hitam . Biarkan kuah mendidih.
NOTA KAKI: asam keping tu basuh dulu ya
6. Mendidih kuah itu masukkan ikan kerisi goreng, bahan perasa (garam & gula ) berserta kiub ikan bilis. Jangan lupa dengan masukkan cili besar & tomato sekali
Sukatan garam gula ikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih semula dalam 5 minit. Siap! Hidangkan dengan nasi panas.
INFO:
- Kalau tidak suka masam sangat kurangkan asam keping, keluarkan asam bila dah masak.
- Tujuan ikan di goreng dulu, supaya isi ikan tak hancur walau panas semula nanti. Boleh juga tidak mahu goreng.
- Untuk yang berpantang, bukan semua ikan boleh makan, lebihkan halia & lada hitam. Bawang putih buat ulam.
- Kurangkan cili padi jika tidak boleh makan pedas.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sue M Shauhki
ANDA MUNGKIN MENYUAKI RESIPI INI:
Masak Ikan Kembung Rebus Air Asam Tak Cukup Kalau Makan Nasi Sepinggan
Gulai Ikan Tenggiri Merah Menyala , Pasti Makan Bertambah Ni
Viral Terung Bakaq Ayaq Asam Lemak Bakal Musnahkan Diet Anda
Asam Pedas Berempah Ikan Tenggiri Kuah Tidak Terlalu Cair Atau Pekat Baru Mengancam Selera
Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak

Ikan Siakap Stim Limau memang sangat sedap. Kombinasi rasa pedas, masam dan masinnya memang sekata & sempurna. Biasanya hidangan ni dimasak dengan cara kukus atau stim. Namun bagi yang tak ada periuk kukusan, anda boleh masak dengan menggunakan kuali je. Lebih mudah, sama sedap malah jus rebusan ikannya juga banyak. Sesuai sangat bagi anda yang gemarkan lauk pauk yang banyak kuah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zafirah Zawawi ni. Mudah sangat dan sebijik sama macam yang kita makan di restoran Thailand. Ratah macam tu je pun dah sedap.
RESIPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU MASAK GUNA KUALI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap – beli online disini
- 3-4 ulas bawang putih – cincang / dadu – beli online disini
- 1 inci halia – hiris – beli online disini
- 1 batang serai – hiris – beli online disini
- 2 batang serai – ketuk
- 1 kiub pati ayam – beli online disini
- Cili padi merah dan hijau – hiris – beli online disini
- 1-2 biji limau nipis – beli online disini
- Daun ketumbar – hiris
- Akar ketumbar – dibersihkan
- Garam secukup rasa – beli online disini
- Sos ikan secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan basuh menggunakan limau nipis atau lemon bagi membuang bau hanyir.
2. Masukkan serai yang diketuk ke dalam perut ikan. Kemudian lumurkan kiub pati ayam hingga rata.
3. Masukkan ikan, air secukupnya, akar dan hirisan daun ketumbar ke dalam kuali. Rebus sekitar 10 minit.
4. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati. Untuk rasa yang tidak terlalu pedas, masukkan cili padi di akhir sekali.
5. Perasakan dengan sos ikan atau garam dengan secukupnya.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zafirah Zawawi
Nak beli PERIUK KUKUS yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mi Kari Sedap Penuh Lauk. Kuah Tak Muak, Memang Puas Hati.
Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official