Biskut Dam ni antara biskut raya yang menjadi kegemaran dan popular dikalangan mak dan nenek-nenek kita dahulu. Rasa sangat sedap malah nak membuatnya pun sangat mudah. Sesuai sangat bat Biskut Dam ni sambil imbau kembali kenangan raya dulu-dulu? Jom cuba resipi perkongsian saudari Saly Nata di bawah ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI BISKUT DAM

Cara Mudah Buat Biskut Dam Sedap Hanya Guna 5 Bahan.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 cawan marjerin pelangi
  • 1/2 cawan gula kastor 
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan serbuk koko

 

CARA MEMASAK:

1. Kacau marjerin dan gula kastor hingga sebati dan kembang.

2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga sebati.

3. Ayak tepung kemudian masukkan ke dalam bancuhan mentega tadi. Uli hingga sebati. Jika doh lembik, tambah sesudu demi sesudu tepung gandum sehingga tidak melekat di tangan.

4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan pada adunan asal, satu lagi dicampur dengan serbuk koko. Uli sebati.

5. Canai doh satu persatu kemudian potong lebih kuran 1 cm tebal & lebar.

Ads

6. Susun kepingan doh secara berselang-seli putih dan coklat. Susun 3×3 bagi membentuk corak dam.

Cara Mudah Buat Biskut Dam Sedap Hanya Guna 5 Bahan.

7. Potong doh guna benang. Susun atas dulang.

Ads

Cara Mudah Buat Biskut Dam Sedap Hanya Guna 5 Bahan.

8. Bakar biskut pada suhu 165C selama 10 minit atau hingga masak. Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.

Cara Mudah Buat Biskut Dam Sedap Hanya Guna 5 Bahan.

Kredit resipi & foto: Saly Nata

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI