Brownies kedut, menu mudah untuk dibuat bagi santapan keluarga. Sesuai untuk minum petang santai-santai di laman rumah.
Nak buat sendiri yang rasanya kurang manis dan kena dengan tekak yang tak suka makan manis-manis sangat, boleh cuba resipi yang dikongsi Shida Razak KC ini.
BROWNIES KEDUT MUDAH
BAHAN A:
*Cairkan bahan di bawah dalam microwave selama 1 minit atau double boil.
2 biji telur gred A atau B ½ sudu teh esen vanila – beli online di sini 140g gula perang – saya guna dark molases sugar lebih sedap sebab rasa lemak manis yang kurang manis. Kalau nak jadikan 130g pun boleh untuk gula perang ya. Laras kemanisan anda mengikut jenis gula pilihan anda. Ikut citarasa masing-masing ½ sudu teh garam
CARA-CARA:
1. Kacau rata dan sebati saja semua bahan di atas ya. Agak-agak gula dah larut, berhenti mengacau 2. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata, sebati saja.
100g tepung gandum – beli online di sini ½ sudu teh baking powder (kalau nak hasil yang fudge lagi, jangan letak baking powder) 25g serbuk koko (saya guna vanhouten)
1. Masukkan bahan C ke dalam adunan sebati A dan B. Gaul sebati. Hasil dia memang adunan tu akan jadi likat, itu yang kita inginkan. 2. Nak rich lagi, boleh cincang coklat bar dalam ½ cawan. Gaul dalam adunan sekali. Nanti dia cair-cair coklat masa kita gigit.
3. Sediakan loyang 8×8 inci yang dah sapu mentega dan kertas pembakar. Masukkan adunan dan bakar ke dalam ketuhar selama 170⁰C selama 30-35 minit ikut kapasiti ketuhar masing-masing. 4. Jangan terlebih masak, nanti kering sangat pula. Sedang elok gitu. Ambil lidi cucuk, kalau dah tak melekat, masak la tu.
Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, hidangan Burger Prosperity ni antara yang ditunggu-tunggu. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni di rumah, saudara Farid Sham Qaseh Pakcik ada kongsi resipinya. Mudah je. Jom cuba.
RESIPI BURGER PROSPERITY HOMEMADE
BAHAN PATTY DAGING:
2kg daging kisar
300gm serbuk roti
3 biji bawang holland – kisar halus tanpa air
1 sudu makan oregano
1 sudu makan basil
1 sudu makan (rata) serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk perasa ayam
3 sudu makan sos tiram
2 cubit garam
CARA MEMBUAT:
Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
Timbang berat patty ikut kegemaran masing-masing. Biasanya sekeping patty seberat 70gm. Jika suka yang tebal, boleh timbang 90gm sekeping.
Bentukkan ikut saiz yang digemari.
Nota: Jika buat dalam jumlah yang sedikit, boleh bahagikan jumlah bahan ikut berat daging kisar yang digunakan.
BAHAN SOS LADA HITAM:
1/2 biji bawang besar Holland – hiris halus @ kisar guna food processor.
2 hirisan mentega
1 sudu makan biji lada hitam – dikisar
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos lada hitam
Serbuk pati ayam secukupnya
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dalam kuali dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga wangi dan agak kekuningan.
2. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum. Perlahankan api. Gaul sehingga sekata supaya tepung tidak berketul-ketul.
4. Gaul lagi dan sampai jadi seperti dalam gambar di bawah ini.
5. Masukkan air. Bolehlah tambah serbuk pati ayam, kicap pekat dan sos tiram. Boleh juga tambah susu full cream, sos tomato dan sos jika untuk rasa pedas dan masamkan lagi sos. Boleh tambah ikut citarasa. Dalam peringkat ni, pelbagai cara anda boleh ‘try & error’ untuk menyedapkan lagi sos.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Sentiasa kacau sos supaya tidak berketul. Bila sos mendidih, ia akan menjadi lebih kental dan pekat. Jika tidak pekat, boleh tambah bancuhan tepung jagung.
CARA MENYEDIAKAN BURGER PROSPERITY
BAHAN-BAHAN:
Patty daging burger
Sos lada hitam
Bawang Holland- dihiris
Roti oblong
CARA MEMASAK:
1. Masak daging burger hingga keperangan dan masak sepenuhnya.
2. Celupkan ke dalam sos lada hitam dan letakkan atas roti.
3. Tabur hirisan bawang Holland dengan secukupnya.
Hidangan kuah kacang untuk dimakan bersama nasi impit boleh dikatakan hidangan wajib waktu raya.
Jika biasa kuah kacang biasa, Syawal tahun ini kita buat lain sikit, kuah kacang daging. Rasanya memang lagi sedap dek rencah daging yang dimasukkan sekali. Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Asrinna Bakri.
Cara buat kuah kacang daging
Kuah kacang yang ada rasa dan tekstur, masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar supaya sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.
Bahan-bahannya :
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (takde udang kering, As guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gulu putih
Cara-caranya :
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah, daging dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
TIP:
Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Kadang-kadang yang simple tulah biasanya sedap yang amat. Walau bagaimana pun Chef Adzha mencuba menambah baik Telur Goyang Kicap ni dengan letak tempe keliling, makan dengan sambal kicap yang pedas-pedas masam. bersama dengan nasi panas, bahagia rasanya di hari minggu ni.
RESIPI SIMPLE TELUR GOYANG KICAP LETAK TEMPE
BAHAN-BAHAN
Telur
Bawang besar
Cili padi
Limau nipis
Kicap
Tempe
CARA-CARA:
Goreng telur, ikut kesukaan kamu nak masak sepenuhnya atau nak separuh masak biar meleleh … (sedap nyer)
Goreng tempe… kalau nak garing boleh nak sedang2 pun boleh.
Satukan dalam pinggan tuang kicap ikut suka nak banyak mana tapi jangan sampai jadi gulai sudah.
Hiris cili padi, bawang besar tabur kat atas telur..
Perah sikit limau nipis nak bagi rasa masam2, pedas dan manis…
Siap… Sediakan periuk nasi di sebelah, supaya senang nak tambah! hehehe