Makan

Cara Mudah Buat Capati, Guna Tepung Gandum Saja. Tetap Sedap Cicah Kari Atau Sambal

Share

Kebiasaannya kita  makan capati di kedai mamak saja sebab nak membuatnya perlu ada tepung khas iaitu tepung attar.

Tapi sebenarnya nak buat sendiri capati tanpa tepung attar pun boleh. Boleh juga menggunakan tepung gandum malah rasanya lagi menarik, seakan kombinasi capati dan roti canai. Capati tepung gandum ini yang pasti tetap sedap untuk dimakan bersama kuah kari, dhal atau sambal.

Cara buat capati guna tepung gandum

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin Pelangi
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air panas mendidih
Tepung untuk dusting

Cara membuat:

1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.

2. Masukkan air panas mendidih dan kacau guna senduk. Kemudian uli jadi doh , canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat .

3. Goreng atas kuali nonstick tanpa minyak. Bila naik gelembung baru terbalikkan. Siap

Kredit resipi & foto: Wan Atirah WM.

 

Published by
Rose