Bebola ayam antara makanan kegemaran anak-anak yang paling mudah disediakan jika dibeli siap dan sudah di sejuk bekukan. Sedap dimakan bersama sup atau di goreng sahaja. Berbeza dengan resipi ini, yang pastinya ibu-ibu perlu siapkan sendiri bahan-bahannya mestilah bermutu dan diyakini bersih dari sebarang campuran untuk diberikan pada keluarga tersayang. Buat sendiri lagi bagus dan sihat! Selamat mencuba.

RESIPI BEBOLA AYAM HOMEMADE

Cara Mudah Buat ‘Chicken Ball’ Sedap Untuk Kegunaan Pelbagai Masakan!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 200g isi ayam
  • 4 ulas Bawang putih
  • Serbuk lada sulah + lada hitam
  • 1 sudu Makan garam Halus
  • ½ cup Ice cube
  • 1 biji putih telur

*Semua bahan diatas perlu dikisar halus

BAHAN TAPIS:

  1. ½ cawan Tepung Tapioca (tepung Ubi kayu)
  2. 2 sudu Makan Tepung Gandum
  3. Secubit baking soda dn baking powder.. Secubit je tau..

*Kisar sekali lagi bersama bahan tadi sehingga sebati.

Cara membuat lihat video di bawah:

  • Bulat-bulatkan adunan seperti bebola. (lihat cara dalam video)
  • Rebuskan bebola sehingga cukup masak dan tuangkan bebola dalam air yang berisi ice cube.
  • Siap!

Cara Mudah Buat ‘Chicken Ball’ Sedap Untuk Kegunaan Pelbagai Masakan! Cara Mudah Buat ‘Chicken Ball’ Sedap Untuk Kegunaan Pelbagai Masakan!

Ads

 

Kongsi resipi: Parmiati Binti Suyudi

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI