Jom cuba buat cili boh homemade! Maklumlah, cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih padu, lebih bersih, dijamin halal dan sesuai digunakan pelbagai jenis masakan.

Cara Mudah Buat Cili Boh Homemade Sedap & Tanpa Pengawet.

Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian Puan Mim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.

 

PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA

Ads

Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.

Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Air tapis

CARA-CARA:

1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.

Cara Mudah Buat Cili Boh Homemade Sedap & Tanpa Pengawet.

Cara Mudah Buat Cili Boh Homemade Sedap & Tanpa Pengawet.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).

Cara Mudah Buat Cili Boh Homemade Sedap & Tanpa Pengawet.

3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.

Cara Mudah Buat Cili Boh Homemade Sedap & Tanpa Pengawet.

Ads

4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…

Cara Mudah Buat Cili Boh Homemade Sedap & Tanpa Pengawet.

Kredit petua & foto: Mim Nazihah

 

Ads

ANDA MUNGKIN SUKA:

6 Resipi Pes Ni Pastinya Akan Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Anda. Berbaloi Cuba!

Resipi Ikan Pari Bakar Tanpa Guna Arang. Memang Mudah!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI