Cara Mudah Buat Dadih Homemade Yang Sedap & Tak Perlu Guna Dadih Segera

Share

Siapa je yang tak suka makan dadih kan? Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Jafahana Sulaiman

ini.

RESIPI DADIH HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar tali – beli online DISINI
  • 4 liter air
  • 1 tin susu pekat manis – beli online DISINI
  • 1 tin susu cair – beli online DISINI
  • 400gm krimer coffeemate
  • 4 sudu makan gula – beli online DISINI
  • Sedikit garam – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.

2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih.

3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.

 

4. Sejukkan dan bolehlah dinikmati.

 

Info chef: Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.

 

Kredit resipi & foto: Jafahana Sulaiman

 

Anda mencari RICE COOKER? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma