Jom cuba buat pizza homemade! Resipi perkongsian saudari Amie Samuri ni memang terbaik kerana bahan yang digunakan tidak banyak malah anda tak perlu adun doh guna mesin atau uli banyak kali. Hanya gaul menggunakan tangan je. Mudah kan? Sesuai sangatlah buat untuk anak-anak di musim cuti sekolah ni.
CARA BUAT DOH PIZZA HOMEMADE TANPA ULI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan, adun sebati dan masukkan ke dalam bekas bertutup yang telah disapu minyak. Tutup.
2. Setiap 30 minit, tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 kali. Pastikan tangan dibasahkan dengan air sewaktu membuat proses ini.
3. Sapu acuan pizza (pan) dengan mentega atau minyak. Tekan-tekan doh guna tangan hingga memenuhi pan. Cucuk tengah pizza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Untuk inti (topping), boleh sapukan sos pizza dan tabur mozarella. Boleh juga tambah apa-apa inti kegemaran ikut citarasa.
5. Perap pizza selama 1/2 jam. Kemudian bakar pada suhu 180C hingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Amie Samuri