Cara Mudah Buat Donut Gebu

Share

Bila buat donut, kembang gebu dan makan pun lembut, barulah rasa puas menikmatinya. Nak dapat tekstur yang lembut dan gebu kenalah tahu teknik membuatnya yang betul. Jangan pula dah siap goreng keras kejung rasanya. Untuk korang yang nak membuat donut dengan jayanya. boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Ain Kamarudin.

Hidangan ekspres untuk minum petang.Boleh buat frozen juga. Resipi ni untuk 2 cawan tepung gandum je.Boleh doublekan kalau nak buat banyak.

Pelembut doh
-Dua sudu tepung gandum
-Secawan air
Kacau sebati.Masak atas api sederhana sampai pekat.

 

-Setengah paket yis (11g ÷2) sy agak² je
-Setengah sudu mkn susu pekat
-Sesudu makan gula
-Setengah sudu mkn marjerin
-Setengah cawan air suam

Campur semua.Gaul sebati.Tutup dan tunggu kembang (dalam 10 min )

 

-2 cawan tepung gandum
-2 sudu makan susu tepung
-Secubit garam

Masukkan 1 sudu mkn pelembut doh,masukkan sebiji telur (gred c),masukkan campuran yis..gaul sebati.

 

Pastikan adunan tak melekat pada tangan.Uli dalam 10 min.
Tutup dan tggu kembang.

 

 

Selepas 45 min.

Tumbuk² untuk keluarkan angin.Bentukkan @ bulat² kan adunan.Sedia untuk digoreng.

 

Credit : Ain Kamarudin
#mahn

Published by
Putri