Bila sebut sahaja tentang donut, pastinya kita sudah terbayang kelembutan dan kegebuannya yang pasti buat kita makan tidak henti. Mana cukup kalau makan sebiji sahaja. Hebat betul penangan donut, lagi-lagi sepanjang tempoh PKP dahulu. Sementara anak dan suami masih berada di rumah, ibu-ibu bolehlah buat donut untuk menu minum petang. Kalau risau donut yang diuli tidak selembut yang diingini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Shima Chym ini. Pasti donut anda jadi lebih gebu.
Sedapnya Sweet Sour Chicken Chinese Style @ Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadirani. Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Para ibu juga pasti suka kerana cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba masak hari ni untuk sajian keluarga tercinta.
CARA MASAK SWEET SOUR CHICKEN CHINESE STYLE
BAHAN AYAM: Isi ayam Kicap cair – beli online disini Lada sulah – beli online disini Tepung jagung – beli online disini Telur (sukatan bahan ikut jumlah ayam yang dugunakan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn readymade)
BAHAN SOS: Nanas – dipotong kecil Timun – dipotong dadu Tomato – dipotong dadu Lada benggala hijau dan merah – potong kecil Sos tomato – beli online disini Gula secukup rasa Bawang putih – dicincang 2-3 hiris halia Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Dalam bekas bersesuaian, perasakan ayam dengan kicap cair dan lada sulah. 2. Campurkan tepung jagung dan telur. Gaul sehingga sebati. 3.Salutkan ayam dengan adunan tepung jagung dan telur. 4.Gorengkan ayam dengan menggunakan api sederhana sehingga keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn segera.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
6. Masukkan hirisan halia jika suka.
7. Seterusnya masukkan sos tomato dengan secukupnya. Sebatikan.
8. Tambahkan sedikit gula ke dalam tumisan sos tadi.
9. Masukkan juga sedikit air.
10. Bila sos kelihatan pecah minyak, masukkan semua buah dan sayur-sayuran (nanas, timun, tomato & lada benggala) yang telah dipotong tadi.
11. Tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya ayam bersalut sempurna dengan sos.
12. Sweet Sour Chicken Chinese Style sedia untuk dinikmati.
Brokoli sayuran hijau tinggi serat dan memang banyak manfaat kesihatannya. Tapi sebelum masak tu pastikan ulat kecil sudah dinyahkan terlebih dahulu. Rendam dalam garam sekurang-kurangnya 30 minit atau campurkan sedikit cuka. Kemudian basuh bersih-bersih.
.
Foto : cookinglight.com
Tapi paling best manfaat brokoli hijau dipercayai boleh menjadikan tulang anda sihat, mencegah kanser serta meningkatkan vitamin D. Ia juga diyakini sebagai makanan yang boleh membuatkan anda kelihatan awet muda.
Kaya dengan sumber serat ia mampu membantu sistem penghadaman tubuh. Jom semak 3 resipi dari brokoli.Senang aje buatnya.
BROKOLI WITH LEMON BUTTER SAUCE
.
Foto : allrecipes.com
BAHAN-BAHAN :
1/4 cawan mentega
1/4 cawan air
1/4 sudu teh air
1 biji perahan jus lemon
1/4 sudu teh cayenne
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
400 gm @16 auns brokoli
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega, air, jus lemon , lada cayenne, garam dan lada hitam ke dalam kuali.
2. Biarkan mereneh atas api yang sederhana.
3. Masukkan brokol, kacau dan tutup.
4. Masak antara 10-15 minit di bawah api sederhana.
5. Biarkan ia masak hingga lembut namun msih mengekalkan warna hijaunya.
6. Hidangkan panas-panas dan jika mahu dihidang sejuk anda boleh masukkan dalam peti sejuk.
2. BROKOLI GORENG TEPUNG
.
Foto : bettycrocker.com
BAHAN-BAHAN :
1 genggam brokoli | dipisah dari tangkai
1 biji telur ayam
4 sudu makan tepung serbaguna
Air sejuk (ais) secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Cuci bersih brokoli yang siap dipotong.
2. Kemudian rendam dalam air garam agar ulat-ulat kecil dalam brokoli keluar.
3. Buat adunan tepung , dengan memasukkan tepung serbaguna dan telur serta kacau rata-rata. Masukkkan air sedikit demi sedikit.
4. Salut brokoli dengan adunan tepung dan goreng dalam minyak yang telah dipijarkan dalam kuali. Goreng dalam minyak penuh.
5. Goreng hingga perang keemasan, siap dihidang.
3. BROKOLI MASAK SOS TIRAM DENGAN CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN :
200 gm cendawan butang
200 gm brokoli
50 gm lobak merah
30 gm kobis bunga,
Bahan sos:
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar /dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
4. BROCCOLI PASTA
.
BAHAN-BAHAN:
350gm pasta spageti
2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti
30gm minyak | untuk menumis
10 ulas bawang putih | dicincang halus
50gm brokoli | dicincang halus
50gm brokoli | potong kasar
1 kiub pati ayam
30gm keju parmesan
Air secukupnya untuk merebus spageti
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak dan masin keju parmesan Jenis masakan : Pasta Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng Anggaran kos: RM15
Bila sebut pasal kerang, biasanya kita akan bakar, rebus, rendang atau masak sambal sahaja. Jemu juga. Sesekali tukar selera, masak Kerang Goreng Kunyit pun sedap tau. Penambahan ubi kentang membuatkan sajian ini jadi lebih enak dan wangi. Saudari Liza Idris ada berkongsi resipi mudah yang boleh anda cuba. Katanya menu ini digemari anak-anak dan dinikmati dengan penuh berselera walaupun tanpa nasi. Jom cuba. Resipi pun sangat mudah. Pasti memikat selera.
RESEPI KERANG GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk isi kerang 2 biji ubi kentang – hiris nipis & goreng terlebih dahulu – beli online disini 1 biji bawang besar – hiris nipis & bahagi 2 bahagian – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 1 biji cili besar 3 biji cili padi 1 sudu makan serbuk kunyit – beli online disini 2 sudu makan sos tiram – beli online disini Sedikit air
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan goreng kerang. Kacau dan biarkan masak.
2. Masuk bawang besar dan bawang putih ke dalam kuali. Kacau sampai bawang sedikit layu.
3. Masuk cili besar dan cili padi. Masuk juga serbuk kunyit pula. Kacau sampai rata dan berkunyit.
4. Seterusnya masukkan sos tiram. Kacau lagi hingga sebati dan bersalut.
5. Tambahkan sedikit air.
6. Seterusnya masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
7. Masuk lebihan hirisan bawang sekali lagi. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu.
8. Kerang Goreng Kunyit Berkentang siap untuk dihidangkan.