Terdapat pelbagai jenis snek dan makanan ringan yang dijual di pasaran. Namun semuanya bergantung pada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Jika anda dan anak-anak sukakan snek, boleh cuba resipi Granola Bar perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah ni. Mudah, sedap dan boleh kawal kandungan gula, pewarna dan tanpa pengawet . Malah ia juga lebih sihat kerana menggunakan oat dan bahan-bahan sunah seperti kismis, kekacangdan banyak lagi. Malah anda juga boleh oleh bahan-bahannya ikut citarasa masing-masing.
(semua bahan diatas dibakar sekejap di dalam ketuhar)
BAHAN LAIN:
Ads
1/2 buku buttercup – boleh juga guna mentega asli
Gula perang secukupnya – ikut kemanisan yang dikehendaki
Madu secukupnya
Secubit garam
Buah-buahan kering – dicincang atau didadu
CARA MEMASAK:
1. Bila oat dan kekacang siap dibakar, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan gaul sebati menggunakan api perlahan. Gaul seperti membuat biskut cornflakes madu untuk raya.
Ads
2. Apabila semua bahan dah sebati, masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas segi empat yang bersesuaian dengan ketebalan Granola Bar yang anda kehendaki.
3. Tekan-tekan menggunakan sudu supaya campuran oat tadi menjadi padat. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
Ads
4. Bila Granola Bar sudah sejuk, keluarkan dan potong empat segi atau apa-apa bentuk yang dikehendaki.
Teringin nak makan dumpling tapi kurang yakin tentang halal jika nak makan di restoran? Usah khuatir kerana anda boleh hasilkannya secara homemade. Mudah je. Boleh beli kulit pastri readymade dan anda hanya perlu buat inti sahaja.
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang holland – dicincang
5 ulas bawang putih – dicincang
1 inci halia – dicincang
Daging kisar secukupnya
Lobak merah – dicincang. Boleh gandi dengan kubis cincang
Cendawan King Oyster – potong dadu
Daun bawang secukupnya
Sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu teh tepung jagung
2 batang sosej – cincang
Kulit dumpling ( boleh guna Japanese Gyoza Pastry. Ada jual di tesco.)
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan (kecuali Gyoza Pastry) di dalam bekas. Adun hingga sebati.
2. Ambil sekeping Japanese Gyoza Pastry dan letakkan inti ditengahnya. Kelim dengan kemas mengikut kreativiti anda.
3. Lakukan sehingga habis adunan inti.
4. Untuk memasak, anda boleh pilih sama ada nak rebus, stim atau goreng. Semuanya sedap!
Sedap giler!! Dahla mudah membuatnya hanya menggunakan tiga bahan saja. 15 minit je siap boleh telan terus. Siapa yang diet tidak digalakkan makan kacang ni, nanti makan tak berhenti.
3 bahan utama : Kacang tanah ( basuh dan keringkan dulu ) 1 biji telur Tepung bestari pedas
Cara membuat:
1.Gaulkan kacang dengan telur hingga rata. 2.Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata. 3.Panaskan minyak. 4.Goreng dalam minyak panas , api sederhana.Rajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tak hangus. 5.Angkat dan toskan minyak. 6.Wajib biarkan sejuk dulu dan tos minyak supaya rangup. 7.Dah sejuk baru makan dan simpan dalam bekas kedap udara. *boleh tambah sedikit gula kalau nak rasa manis-manis. Saya memang tak letak sebab nak makan masin-masin pedas.Tepung ni dah masin, jangan tambah garam. Sumber : zita samat
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!