Suka maka Ikan Masin? Ada juga yang panggil Ikan Budu @ Ikan Jeruk. Sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimasak tatkala bulan puasa. Ramai suka guna ikan masin begini dalam masakan seperti Nasi Goreng, gulai dan bermacam-macam lagi. Banyak je yang dijual di pasar tapi andai diperhatikan, ada juga ikan masin yang dijeruk atau diperap tanpa dibuang perutnya. Kotor kan tu. Saudara Wan Muhammad Hafiz Satar ada kongsikan cara-cara buat ikan masin Ikan budu / ikan jeruk secara homemade yang lebih bersih. Barulah boleh makan tanpa rasa was-was. Selamat mencuba!
BUAT SENDIRI IKAN MASIN/ IKAN BUDU/ IKAN JERUK SECARA HOMEMADE
1.Bersihkan ikan terlebih dahulu dengan membuang segala kekotoran.
2.Tabur garam kasar di dasar bekas sampai menutupi kesemua permukaan.
3.Susun ikan dan sumbat garam kasar ke dalam perut ikan.
4.Kemudian taburkan garam kasar lagi sampai menutupi ikan pula.
Ads
5.Susun ikan lagi dan ulang langkah 3 dan langkah 4.
6.Bila sudah siap semua, bolehlah tutup bekas dan simpan di ruangan bersuhu bilik selama 3 hari.
7. Dalam tempoh ini, ikan jeruk akan berair disebabkan garam mencair. Balik-balikkan ikan supaya posisi ikan berada dibawah bersama air dan garam diatas. 8. Selepas 3 hari, untuk pastikan kesegaran, simpan ikan dalam peti sejuk. (jangan letak di bahagian freezer, nanti ikan beku) 9. Selepas 5 hari, ikan jeruk sudah boleh digunakan untuk masakan. 10. Air garam yang digunakan untuk perap ikan tu, boleh diasingkan dan dijadikan sebagai sos ikan untuk dimasukkan dalam sebarang masakan. Jangan buang ya… tak elok membazir.
Nota: Ikan tidak membusuk bila disimpan dalam suhu bilik dalam tempoh 3 hari. Ini kerana garam akan melebur jadi air dan ikan akan terendam dalam air garam. Dalam tempoh tu kita kena balik-balikkan ikan biar ikan dibawah bersama air dan garam yang masih menutupi ikan.
Sentuhan Chef yang berpengalaman memang nampak keistimewaannya. Dari penampilan dan pemilihan resipi jelas menampakkan kreativiti pemilik resipnya. Chef Roskaimi Ismail atau mesra dipanggil Chef Kimi. Bertugas sebagai ‘Head of Chef’ yang juga memangku jawatan Chef Eksekutif di hotel The Pearl, Kuala Lumpur dia berkongsi dua resipi menarik .
.
Otak-otak ikan salmon dan asam pedas tulang lembu dengan sawi jeruk adalah hidangan yang berunsur fusion yang memberikan sedikit sentuhan barat daripada pemilihan ramuannya.Jom semak resipi super sedap ini…
OTAK -OTAK IKAN SALMON BERINTI TELUR IKAN (THAI)
.
BAHAN -BAHAN
500gm isi ikan salmon | dikisar
50gm pes kari merahThai
10gm daun limau purut | dimayang
10gm daun selasih | dimayang
50ml santan
5gm garam
10gm gula
100gm telur ikan
2 biji telur
Daun pisang | untuk bungkus
CARA MEMASAK : 1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. 2. Daun pisang dibentukkan mejadi bungkusan. 3. Masukkan bahan bahan yang telah digaul itu ke dalam bungkusan daun pisang 4. Dan kemudian kukus selama 25 minit sehingga masak 5. Masak santan dengan api yang sederhana sehingga menjadi pekat masukkan sedikit garam dan gula 6. Apabila bahan yang dikukus itu masak , keluarkan dan tuangkan santan yang telah dimasak itu ke atas bahan yang telah dikukus tadi 7. Letakkan telur ikan di atasnya sebagai hiasan 8. Hidangan siap dan sedia untuk dihidangkan.
ASAM PEDAS TULANG LEMBU DENGAN SAWI JERUK
.
BAHAN -BAHAN
500gm tulang rusuk lembu | direbus dahulu
350gm cili kering | direbus dan dikisar
100gm bawang merah | dikisar
70gm bawang putih – dikisar
00ml air asam jawa
50ml minyak masak
100gm bunga kantan
100gm terung
100 gm jeruk sawi
50gm daun kesum
2 biji tomato | dibelah empat
30gm garam
10gm gula
100ml air
1.4sm belacan bakar
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan pecah minyak. 2. Masukkan air biasa ,air asam jawa,sawi jeruk,bunga kantan dan daun kesum 3. Masukkan tulang rusuk yang telah direbus 4. Biarkan mendidih dan sehingga tulang biar betul betul lembut 5. Akhir sekali masukkan bahan- bahan seperti terung, tomato dan garam dan gula secukup rasa 6. Masakan sedia dihidangkan.
FOTO : NOR YANTI SHAHARUDIN TERIMA KASIH :The Pearl Kuala Lumpur Hotel, Jalan Klang Lama, KL www.pearl.com.my
Jika anda sedang mencari peralatan dapur berkualiti dan canggih, jom layari laman shopee ini
Ikan masin dan ikan bilis, antara bahan yang pastinya ada di setiap rumah.
Paling senang untuk dimasak, ikan masin dan bilis, sebenarnya boleh membuka selera sebagai lauk sampingan.
Resipi yang dikongsi saudari Nurul Adlina Soaed ini, memang dimasak buat mereka yang pertama kali ingin mencuba menu berasaskan ikan masin dan ikan bilis.
IKAN MASIN KURAU MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin kurau | potong empat segi 2 biji bawang besar | dipotong baji 2 ulas bawang putih | dihiris 6-8 biji cili padi | dibelah hujung 3cm halia muda | dihiris memanjang halus 2 sudu makan 1 sudu sos cili Gula secukup rasa Garam jika perlu Minyak untuk menggoreng dan menumis
1. Rendam ikan masin lebih kurang lima minit, kemudian cuci bersih dan toskan. 2. Panaskan minyak. Goreng ikan masin atas api sederhana, kemudian ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan hirisan sehingga layu. Masukkan sos cili dan cuka, gaul rata. 4. Masukkan ikan masin yang telah digoreng. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain cuka anda juga boleh menggunakan perahan jus limau mipis atau kasturi.
IKAN MASIN BERLADO
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin talang | dipotong dadu 1 biji bawang besar | dihiris bulat 3 ulas bawang merah | dikisar kasar 2 ulas bawang putih | dikisar kasar 2cm halia muda | dikisar kasar 1 sudu makan air asam jawa 4 sudu besar pes cili kering 1 sudu makan sos cili Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggoreng dan menumis
1. Rendam ikan masin lebih kurang lima minit. Cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak. Goreng ikan masin dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili. 3. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika anda suka boleh campurkan dengan sedikit lobak jeruk manis atau masin.
IKAN SEPAT MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan sepat masin | diotong dua atau tiga 1 biji bawang besar | dihiris bulat 2 ulas bawang merah | dicincang 2 ulas bawang putih | dicicang 2cm halia muda |dihiris memanjang 6-8 biji cili padi | dibelah hujung cili 3 sudu air asam jawa 1 sudu makan sos cili Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan masin dan toskan. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih cincang bersama hirisan halia hingga wangi. 3. Masukkan cili, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng. Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan gula. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan lendir pada ikan masin, suci dengan cuka. Kemudian toskan.
IKAN TENGGIRI JERUK GORENG BAWANG CILI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri jeruk | dipotong empat 1 biji bawang besar | dihiris 2 ulas bawang putih | dihiris 2cm halia muda | dihiris 8 biji cili padi | dititik 6 biji tomato ceri | dibelah 4 1 sudu teh air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan masin dan toskan. Panaskan minyak dan goreng ikan masin, kemudian piring dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi. 3. Masukkan air asam jawa dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula. Kemudian tuangkan bahan tumisan atas ikan masin yang telah digoreng tadi. Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Pastikan semasa menggoreng ikan jeruk menggunakan api kecil kerana isi ikan mudah hancur dan hangus.
KARI TULANG IKAN MASIN BERSAMA TERUNG
BAHAN-BAHAN:
300gm tulang ikan masin jenahak | direndam 2 biji terung bulat | dibelah empat ½ liter santan 5 ulas bawang merah | dihiris 4 ulas bawang putih | dihiris 3cm halia muda | dihiris memanjang 3 sudu makan rempah kari 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu makan rempah penumis (jintan manis, jintan putih dan halba) 3 sudu makan air asam jawa 1 tangkai daun kari | dileraikan dari tangkai 6 biji cili padi | dibuang tangkai Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Rendam ikan masin sekurang-kurangnya l5 minit. Kemudian toskan. 2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan dan daun kari hingga wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata sehingga pecah minyak, masukkan pula santan, air asam, tulang ikan masin dan terung. 5. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga terung empuk. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Selain terung, anda boleh tukar dengan kacang bendi. Boleh juga campurkan dengan hirisan tomato.
SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek 1 biji bawang besar | dihiris 6 ulas bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar 15-20 tangkai cili kering | dikisar 1 sudu makan sos cili 3 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 2. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa gula secukupnya. 3. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat. Masukkan pula hirisan bawang besar. 4. Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF: Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup. Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus 6 ulas bawang merah | dikisar kasar 2 ulas bawang putih | dikisar kasar 10 tangkai cili kering | dikisasr halus 10 biji cili padi | dikisar halus 1 sudu besar air asam jawa Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus. 4. Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek 10 tangkai cili padi ½ biji tomato | dibuang biji dadu kecil 1 biji limau nipis Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan bilis dan toskan. Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar. 2. Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk. 3. Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu. 4. Gaul rata, dan sedia dihidangkan. Jika terlalu masam, boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek 2 biji telur 20 biji cili padi 1 biji bawang besar 1 ulas bawang putih Sedikit air asam jawa Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar. Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering. 2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing. Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula. 3. Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis. Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
IKAN MASIN SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu 100gm isi petai 1 biji bawang besar | dihiris 3 ulas bawang merah | dikisar kasar 2 ulas bawang putih | dikisar kasar 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam jawa 1 sudu makan sos cili Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan. 2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Kredit resipi: Nurul Adlina Soaed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bagi pencinta sajian Asam Pedas, menu Asam Pedas Ikan Cencaru ini harus anda cuba. Mudah dimasak, sedap dan membuka selera. Tentunya sangat menepati cita rasa masing-masing. Saudari Elvianna El-Zahra ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN CENCARU PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN ASAM PEDAS: 8 ekor ikan cencaru 2 kuntum bunga kantan Daun kesum 6-7 batang bendi 1 biji tomato (belah 4) 2 batang serai Air asam jawa (bancuhan 2 sudu makan asam jawa) – beli online disini
1.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan sehingga warna sedikit gelap.Minyak mesti sedikit banyak agar cili betul-betul masak dan garing.
2. Masukkan bunga kantan, serai, dan daun kesum.
3. Kacau hingga minyak berkurang dan warna jadi gelap sikit. Ia bermaksud cili sudah garing dan masak.
4. Masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air ke dalam bekas air asam jawa tadi dan masukkan ke dalam periuk ikut kuantiti kuah banyak mana yang kita nak.
5. Masukkan bendi dan hirisan tomato.
6. Biarkan sehingga bendi separa masak.
7. Setelah bendi separa masak, masukkan ikan. Biarkn sehingga ikan masak. Rasa hingga semua perasa cukup dan kena dengan selera.Asam pedas sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!