
Kacang Pedas Bilis ni memang sedap kalau buat kudap-kuap sambil tonton tv. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Faizah Md Zain ni antara yang paling mudah dan dijamin menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KACANG PEDAS BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kacang tanah
- Ikan bilis ( beli dalam RM5)
- 3 senduk lada mesin / cili kering kisar
- 10 ulas bawang putih kisar
- Minyak masak secukupnya
- Gula dan garam secukup rasa
- 2 sudu makan gula merah
- 3 biji gula batu
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak guna api perlahan. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian goreng ikan bilis yang telah dibersihkan hingga garing. Toskan juga.
3. Keluarkan minyak masak dan biarkan dalam 1 senduk sahaja dalam kuali.
4. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kisar, gula, garam, gula merah, gula batu dan air.
5. Masak guna api perlahan sampai semua bahan larut dan likat. Tambah perasa jika perlu.
6. Bila sambal sudah cukup rasa, padamkan api dan biar sambal sejuk.
7. Bila sambal betul-betul sejuk, masukkan kacang tanah dan bilis goreng tadi. Gaul hingga sekata.

8. Masukkan kacang pedas bilis ke dalam tapis untuk membuang lebihan minyak. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Faizah Md Zain
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lauk Pauk Daripada 5 Jenis Ikan, Masakan Melayu Tetap No 1.

Ikan parang, tongkol, cencaru, patin dan keli memang tetap terbaik untuk dijamu makan tengahari nanti. Resipi tradisional Melayu zaman berzaman ni memang tak pernah jemu dinikmati.
Ni min kongsikan 5 resipi berasaskan ikan yang popular dalam menu tradisi Melayu. Generasi baru, anak dara teruna dan adik-adik kena masak, jangan asyik mak aje yang buat…
1. ASAM PEDAS IKAN PARANG BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN :
- 2 keping ikan parang/dibersihkan
- 1 ikat daun kesum/ ambil daun dan sedikit batang
- 1 batang serai /diketuk
- 3/4 cawan air asam jawa
Bahan kisar :
- 10 tangkai cili kering/ rebus dahulu
- 1 sm kunyit hidup
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1.5 sm halia
- 1 biji tomato
- 3 biji bendi
- 1 tangkai bunga kantan
- Sedikit belacan bakar/ lumatkan hancur
- 5 biji belimbing buluh
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar.
2. Biarkan hingga naik bau dan pecah minyak. Pastikan cili betul-betul masak.
3. Masukkan serai dan gaul sekali.
4. Masukkan air dan renehkan hingga mendidih.
5. Masukkan ikan dan asam jawa, dan masukkan daun kesum.
6. Kemudian tambahkan bunga kantan, bendi , tomato dan belimbing buluh.
7 .Kecilkan api ,biarkan mereneh sebentar.
8. Tutup api dan asam pedas sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Rasa masam belimbing buluh, beri kelazatan berbeza daripada penggunaan air asam sahaja
INFO CHEF : Selain belimbing buluh boleh menggunakan bahan lain seperti mangga muda atau nenas untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa asam pedas yang sama.
2. IKAN PATIN TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan patin saiz sederhana
- 6 sudu makan tempoyak
- 4 cawan air/ agak-agak ikut kepekatan yang anda suka
- Bahan ditumbuk :
- 2 biji cili merah/dibelah dua
- 20-30 biji cili padi
- 2 sm kunyit hidup
- Secekak daun kesum
- Garam secukup rasa
- 1 asam keping
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk, gaul rata.
2. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga ianya menggelegak, biarkan ia mereneh.
3. Masukkan daun kesum dan masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah ditutup api.
Saiz hidangan : 9 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Bagi penggemar tempoyak, semakin pekat lagi sedap
INFO CHEF : Bahannya ringkas dan mudah disediakan, anda boleh juga menambah bunga kantan jika suka. Lauk tradisi terkenal di Temerloh, Pahang.
3. IKAN CENCARU SUMBAT

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan cencaru
- 2 biji cili merah/ditumbuk
- 8 biji cili api/ditumbuk
- 1/2 biji bawang besar/dihiris
- Sedikit belacan/ 2 sm
- 1 biji limau kasturi
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
5. Goreng sehingga masak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Sedap dan cepat disediakan
4. IKAN KELI GORENG BERLADA

BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor ikan keli
- 2 biji cili merah/ditumbuk halus
- 10 biji cili api/ditumbuk halus
- 1/2 biji bawang besar/dipotong memanjang
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam.
2. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing.
4. Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.
7. Gaul rata dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Masa memasak yang singkat dan kos yang murah.
INFO CHEF : Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
5. SINGGANG IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN :
- 3 ketul isi ikan tongkol yang sederhana besar
- 2 biji bawang merah /dimayang halus
- 4 ulas bawang putih /dimayang halus
- 2 sm lengkuas /dimayang halus /dimayang halus
- 2 sm kunyit hidup /dimayang halus
- 1 ½ sudu teh garam
- 2 keping asam keeping
- 5 biji cili siam
- 4 gelas air (220 ml) air untuk rebus ikan
- Sedikit gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tongkol ke dalam periuk bersama dengan 4 gelas air untuk merebus ikan.
2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang tadi.
3. Masukkan asam keping kemudian biarkan ia mendidih selama 10 minit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila dah masak masukkan pula cili siam hijau tadi.
6. Masak dalam 5 minit dan matikan api.
7. Singgang ikan tongkol siap dihidang.
INFO CHEF : Resipi ini mudah disediakan, tak perlu ditumis dan boleh dimasukkan semua bahan sekali kecuali cili letak paling akhir.
Saiz hidangan : 13 orang
Masa memasak :15 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Rasanya segar dan masam serta pedas pasti membangkit selera
Cara Buat Scone Sedap & Mudah.

Petang-petang kalau pekena scone panas-panas dengan secawan kopi memang padu sedapnya. Lebih sedap, bila secone hasil air tangan sendiri, barulah anda mendapatkan rasa scone atau roti bantat yang lemak ini secara segar dan panas . Lebih sedap kalau dibelah tengah dan disapu dengan mentega dan dilapisi jem. Tak tau macam mana nak buat, nah ini resipinya:-
SCONE
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu teh cream of tartar
- 1 sudu teh garam
- 125gm mentega tanpa garam sejuk ] potong dadu
- 25gm gula kastor
- 1 biji telur | pukul
- 275gm buttermilk/susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selcius.
- Ayak tepung bersama soda bikarbonat, cream of tartar, garam dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan mentega. Gunakan jari, gaulkan ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.
- Ketepikan 1/3 daripada telur dan campur selebihnya dengan buttermilk dan tuang ke dalam adunan tepung dan guli menjadi doh lembap. Taburkan tepung di atas pencanai dan uli Canai setebal 2 cm.
- Bahagikan doh kepada 12 menggunakan acuan bulat dan susun atas dulang pembakar. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu di atas doh dan bakar selama 15 minit.
- Angkat dan sedia dinikmati bersama mentega dan jem.
Ketupat Sotong Gebu Versi Kelantan, Tak Boleh Sumbat Ketat Sangat Tau.

Resipi ketupat sotong atau sotong sumbat dengan inti pulut ni memang banyak versinya. Sotong segar dengan pulut susu lemak manis, ish..ish sebut ramuannya pun dah kecur air liur.
Ni min kongsikan resepi perkongsian Sahira, resipi asal dari Citarasawan, ketupat sotong versi Kelantan.Ingat ya jangan sumbat ketat atau penuh sangat nanti pecah pulak sotong masa dah masak nanti. Bagikan ruang sedikit untuk pulut mengembang.
KETUPAT SOTONG GEBU VERSI KELANTAN

.
BAHAN-BAHAN (Saiz hidangan untuk 10 orang)

.
- 4kg sotong
- 1 kg pulut susu
- 8 kerek kecil gula melaka
- 3 helai daun pandan
- Lidi pencungkil gigi, secukupnya
- 1kg santan cair
- 1kg santan pekat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1) Siang sotong dan buang kulit dan mata. Lihat gambar contoh. Basuh dengan air garam dan toskan.
2) Basuh pulut susu dan toskan.
3) Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk. Seperti dalam gambar.
4) Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya.
5) Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.
6) Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong.
7) Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.
8) Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api.
9) Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau.
10) Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan.
11) Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat.
12) Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.
#SHARE bagi yang tak pernah merasa ketupat sotong gebu versi kelantan.
Resipi : citarasawan
Sahira
FB :Dapur resepi pikat Selera

