Kerepek Bawang adalah antara snek ringan yang menjadi kegemaran ramai tidak kiralah tua atau muda. Kalau jumpa yang sedap tu, mulut pasti tak boleh berhenti mengunyah. Sebenarnya nak buat snek ni tak susah mana kalau tahu cara dan resipinya. Nak cuba? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Fais ni.

 

RESIPI KEREPEK BAWANG

 

BAHAN DOH TEPUNG:

  • 2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan serbuk udang kering (optional)

CARA-CARA:

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih tanpa guna air hingga lumat. ( boleh guna pengisar kering).
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum serta tepung beras sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Tak perlu tambah air sebab bawang besar sudah mengeluarkan air sendiri semasa kisar.
  3. Jika doh masih lembik, boleh tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh jadi bulat.

Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade

BAHAN DOH MARJERIN:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 80gm marjerin
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air secukupnya

CARA-CARA:

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan marjerin. Gaul hingga sebati dan berderai seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang bulat.

 

CARA MENYEDIAKAN KEREPEK BAWANG:

IKLAN

1. Ambil doh marjerin dan doh bawang. Bahagikan setiap satu kepada 3 bahagian atau ikut keselesaan sendiri.

Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade

 

2. Canaikan doh bawang dan marjerin yang dipotong tadi secara berasingan.

Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade

 

3. Letak kepingan doh bawang diatas doh marjerin yang telah dicanaikan tadi.

IKLAN

Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade

 

4. Gulung doh dengan kemas. Ulangi langkah untuk semua doh yang ada.  Simpan gulungan doh di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade

 

5. Hiris gulungan doh nipis-nipis. Lebih mudah jika menggunakan pisau tajam.

Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade

IKLAN

 

6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng  berwarna keperangan.

Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade

 

7. Untuk dapatkan kerepek yang mempunyai effect seperti tudung saji, semasa menggoreng masukkan doh sekeping demi sekeping ke dalam minyak panas. Kacau sentiasa dan jangan goreng terlalu lama. Nanti bawang akan menjadi pahit.

Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade

 

8. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek kekal rangup dalam tempoh masa yang lama.

 

Kredit resipi & foto: Noor Fais

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI