
Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Ngaku (dalam Bahasa Inggeris dipanggil Arrowhead) ni memang banyak di jual di pasaraya. Ia merupakan salah satu kudapan wajib ada. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, Ngaku biasanya dijadikan kerepek. Memang sedap. Nak cuba buat Kerepek Ngaku secara homemade? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Asa Isme ni. Memang mudah. Selamat mencuba!
CARA BUAT KEREPEK NGAKU / ARROWHEAD

BAHAN-BAHAN:
- Ngaku/ Arrowhead
- Minyak masak (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ngaku dan rendam dengan air garam. (empunya resipi tidak rendam pun)

2. Kemudian basuh bersih dan toskan ngaku hingga kering dan tiada air menitik.

3. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak.
4. Ambil ngaku tadi dan sagat ke dalam minyak.
5. Bila ngaku sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.

6. Sedia untuk dihidangkan begitu sahaja atau boleh digaul dengan sedikit garam.
Kredit resipi & foto: Asa Isme
INFO: Jangan buang tangkai ngaku supaya senang dipegang waktu disagat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Taugi Ayam @ Ayam Gulung Ala Gerai Cucuk-Cucuk Pasar Malam
Wanita Ini Kongsi Cara Olah Daging Burger Frozen Supaya Lebih Sedap & Berjus
Resipi Telur Pecah Sambal Berlado. Lauk Simple Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Resipi Terlajak Sedap Guna Ikan Air Tawar, Wajib Cuba!

Suka makan ikan air tawar? Kalau ada yang suka, boleh cuba tiga resipi yang boleh dikira autentik tapi sedapnya tak terkata.
Kalau nak makan di kedai memang jarang kita jumpa, jadinya jom kita belajar buat sendiri. Sesiapa yang nak mencuba silakan kerana resipi ada disertakan.
Pilihlah mana satu menu kegemaran anda dan keluarga. Ketiga-tiga resipi ini sangat sedap dan wajib cuba.
IKAN TILAPIA PAIS TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam & gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya (untuk membalut ikan)
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai – beli online di sini
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi – beli online di sini
3cm kunyit hidup – beli online di sini
Dapatkan Khind Multifunction Electric Skillet dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya. Gaul rata dan sebati.
3. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
4. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
5. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit. Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
6. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
7. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
8. Kukus ikan hingga masak. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan lampam (lebih kurang 300gm)
250ml santan pekat – beli online di sini
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
4. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
6. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
7. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
KARI IKAN PATIN

BAHAN -BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa – beli online di sini
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili – beli online di sini
1 sudu makan halba campur – beli online di sini
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
4cm halia muda – beli online di sini
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan patin dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
3. Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
4. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
5. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
6. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Sarapan Scrambled Eggs Ala Jamie Oliver 3 Minit Dah Siap

Mulakan hari dengan penuh tenaga dan tiada alasan lagi untuk tidak bersarapan. Resipi srambled egg @telur goreng hancur acara jamie oliver yang pantas dan sihat.
Enam bahan aje, boleh jadi sarapan yang sungguh enak dan ekspres aje cara buatnya.

SCRAMBLE EGG
BAHAN-BAHAN
- • 3 biji telur saiz Jumbo
- * Garam & lada hitam
- * 10gm mentega
- * Tomato cherry – Pilihan
- * Hot dog – Pilihan
- * Mozarella cheese – Pilihan (Topping akhir sekali dan jenis cheese ni jer ada dekat rumah)

CARA MEMASAK:
1. Pukul telur sampai sebati
2. Panaskan non stick pan dengan mentega. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan telur yang sudah dipukul. Kacau perlahan dan terbalik-balikkan.
4. Jangan sampai telur itu masak lebih 80% nanti jadi telur dadar.
5. Akhir sekali taburkan lada hitam, garam dan keju.
6. Makan dengan hot dog dan tomato cherry.
INFO:
- Scrambled eggs atau telur hancur ini kalau basah-basah dan lemak sikit maknanya awak berjaya buat sampai jadi.
- Ada yang suka lebih lemak boleh tambah sedikit susu segar.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sufi Sufian
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
4 Langkah Mudah Buat Telur Setengah Masak, Confirm Jadi Punya Lah!
ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO INI :
11 Hidangan Ringkas & Ringan Untuk Tetamu Cilik Di Hari Raya.

Bila tibanya hari raya, maka ramailah tetamu yang datang ke rumah. Tidak ketinggalan juga tetamu-tetamu cilik yang mungkin merupakan kawan-kawan sekolah anak kita taupun anak jiran tetangga. Kanak-kanak ni tak berapa gemar hidangan yang berat-berat jadi anda boleh sajikan menu yang lebih ringkas untuk mereka.
1. PUFF BEBOLA AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 40 biji bebola ayam
- 20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MASAK:
- Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
- Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
- Canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
- Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
- Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
- Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
- Hidangkan bersama sos dan mayones.
INFO CHEF: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
2. POPIA INTI DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang besar| dicincang halus
- 2ulas bawang putih| dicincang halus
- 200gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 100 gm kacang panjang | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 bungkus kulit popia
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan daging kisar. Gaul rata.
- Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayonis.
3. SANDWICH AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam
- 5 sudu makan tepung ayam goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4keping roti biasa atau whole meal
- Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
- Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
- Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
- Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
- Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
- Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
4. ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK

BAHAN-BAHAN:
- 12 biji sosej koktel
- 6 keping roti putih
- 200gm serbuk roti
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
- Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
- Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
- Goreng sehingga kuning keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
5. POTATO & LEEK CASSEROLE

BAHAN-BAHAN:
- 100gm kentang | dipotong dadu
- 60gm whipping cream
- 30gm krim masam
- 50gm bawang holland |dihiris
- 40gm leek | dihiris
- 30gm mentega
- 50gm Shredded Cheddar Cheese
- Garam jika perlu
- Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
- Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
- Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan krim masam biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan cheddar cheese di atasnya.
- Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.
6. SWEDISH MEARBALL PASTA WITH CHEESE SAUCE

BAHAN-BAHAN:
- 150gm pasta bentuk reben | rebus dan tos
Bahan untuk bebola daging:
- 300gm daging cincang
- 1 cawan serbuk roti
- 1 pokok daun bawang | cincang halus
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Keju:
- 150gm krim keju
- 100 susu segar
- 1 keping keju cheddar
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan bebola daging, campurkan semua bahan kecuali serbuk roti.
- Bentukkan bulat-bulat, kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hingga bebola berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sediakan sos keju: Campurkan krim keju bersama susu, panaskan di atas api sederhana.
- Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair. Masukkan sedikit tepung untuk pekatkan sos. Angkat dan ketepikan.
- Sediakan pasta di dalam pinggan, kemudian hiaskan dengan bebola daging di atasnya.
- Akhir sekali tuangkan sos keju di atas hidangan ini.
- Enak dihidangkan panas-panas.
7. POTATO DUMPLINGS

BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam | potong dadu kecil
- 1 biji bawang merah | cincang halus
- 1 1/2 cawan kentang lecek
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 200gm tepung gandum
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
- Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Kacau rata.
- Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
- Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling
- Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
- sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
- Angkat, tos dan hidangkan.
8. TAGLIATELLE CARBONARA BERKARI

BAHAN-BAHAN:
- 250gm pasta tagliatelle | direbus hingga lembut
- 1 ulas bawang merah | hiris halus
- 1 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu kecil rempah kari daging
- 5 biji cendawan pilihan | dihiris
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 cawan stok ayam
- Garam secukup rasa
- 125ml krim masakan
- Sedikit lada benggalam merah/kuning/hijau | dipotong dadu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari dan masak garing. Tambahkan cendawan, stok ayam, lada benggala, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
- Biarkan mereneh sehingga kandungan stok ayam tinggal separuh dari kuantiti asal.
- Masukkan krim masakan. Kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul hingga rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
9. MUFIN BAYAM BERLEMAK

BAHAN-BAHAN:
- 25gm mentega
- 200ml susu
- 100gm bayam
- 1 2/3 cawan tepung gandum | diayak
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk buah pala
- 1/3 cawan keju parmesan | diparut
- 1 biji telur
- 120gm keju krim
- 8 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
- Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
- Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
- Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Hidangkan.
Info chef: Bagi memudahkan proses mengadun, krim keju hendaklah dipecah-pecahkan menggunakan tangan kepada ketulan kecil.
10. QUICHE BAYAM BERKRIM

BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
- 300gm tepung gandum
- 120gm shortening
- 120gm mentega
- 1 biji telur
- 2 sudu makan air sejuk (berais)
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN INTI:
- 150gm bayam | bersihkan dan celur
- 1 cawan krim masakan
- 1 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | cincang dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu teh basil kering
- Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya | pilihan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.
- Sementara itu, buat inti quiche. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bayam celur yang dicincang sedikit, krim masakan dan kacau rata. Tambah oregano, basil, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Tutup api. Ketepikan.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan tart/pai.
- Tuang inti ke dalam acuan doh dan kemaskan keliling acuan.
- Tabur parutan keju secukupnya jika suka.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga keperang-perangan.
- Angkat dan sedia dinikmati.
11. SALAD PASTA PELANGI

BAHAN A:
- 250gm pasta spiral | dimasak mengikut arahan pada paket
- 1/2 tin jagung dalam tin
- 200g dada ayam | direbus dan dicarik
- 1 biji lada benggala kuning| dihiris
- 1 biji cili hijau| dihiris
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 3 helai daun salad | dihiris halus
- 1/4 cawan daun ketumbar
- 1 biji bawang merah | dihiris
BAHAN B:
- 5 biji limau nipis | diambil jus dan parutan kulit
- 1 sudu makan madu
- Garam dan lada sulah secukupnya
- 2 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
- Dalam mangkuk kecil, campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Ketepikan.
- Kemudian masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. Tuang bahan B dan gaul sekali lagi.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum sedia untuk dinikmati.

