
Kite panggil kuih bakar pandan..ade yg panggil bingka tepung…suka yg jenis kosong camni..x letak bijan…
x kisah la tu..janji sodap..kuih peberet seisi keluarga ni. Saya ikut resepi ni tau…boleh la cube…
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula..kurangkan kalau x nak.manis
1 cwn air pandan
2 1/2 cwn santan
sedikit garam
Cara memasak:
- Campurkan semua bahan..kacau
- Nak bagi sebati saya blend kejap.
- Lepas tu boleh le dimasukkan dlm loyang dan dibakar
- Oven suhu 200 selama 1 jam…kalau nak kerak lebih bakar la lama sikit ye…
credit : Zaizul MK
#mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rahsia Talam Berlauk Mewah & Sedap.

Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.
TALAM BERLAUK:
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawang tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 200ml santan segera
- 1 biji telur ayam
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
- 200gm daging kisar
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan rempah kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 biji cili padi | hiris halus
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- 3 sudu makan bawang goreng
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
- Masukkan daging kisar, gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
- Tutup api dan ketepikan.
- Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
- Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
- Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
- Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
- Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
- Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
- Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Cara-Cara Buat Cendol Homemade Yang Mudah & Sedap.

Terasa nak makan Cendol? Petang-petang macam ni memang sedap kalau makan cendol sejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade. Pasti lagi mengancam rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni. Sangat mudah.
CARA BUAT CENDOL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2/3 cawan tepung beras
- 1/3 cawan tepung ubi
- 1 sudu teh air kapur
- Secubit garam
- 800ml air
- 1 mangkuk air berais
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masa katas api sederhana hingga betul-betul kental.

2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.

3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!

Kredit resipi & foto: Najwa Abd Razak
Resipi Apam Lenggang Pasar Malam Yang Paling Sedap & Senang

Kalau ke pasar malam, suka beli Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Zainab Ibrahim yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!
RESIPI APAM LENGGANG PASAR MALAM HOMEMADE. MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1 1/4 cawan air
- 1/2 cawan nasi sejuk
- 1/2 cawan gula – beli online disini
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 1/2 cawan tepung beras – beli online disini
- 1 biji telur gred A @ 2 biji telur gred C
- 1 cawan santan pekat – beli online disini
- 1 sudu minyak masak
- 1 sudu yis kering – beli online disini
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Satukan air dan nasi sejuk. Kisar sampai halus.
2. Kemudian masukkan gula, tepung gandum, tepung beras, telur, santan pekat, minyak masak, yis kering dan garam.
3. Kisar semua bahan dan biarkan selama 1 jam.
4. Bila adunan telah naik, bolehlah mula melenggang dalam kuali.

5. Lakukan hingga habis adunan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zainab Ibrahim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

