Cara Mudah Buat Kuih Gegatas Yang Sedap & Kurang Manis.

Share

Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nadia Ismail

. Istimewanya, resipi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.

RESIPI KUIH GEGATAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 senduk tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya – dikisar halus
  • Gula

CARA MEMASAK:

1. Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas bersesuaian. Uli dengan air hingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat di tangan.


2. Bentukkan adunan menjadi leper dan lebar kemudian goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan.


3. Angkat, toskan kuih dan salutkan dengan gula yang telah dikisar terlebih dahulu. Ia akan menghasilkan Kuih Gegatas yang kurang manis.


4. Namun jika suka kuih yang disalut gula seperti kuih keria, boleh juga hasilkan sedemikian. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nadia Ismail

Published by
Nur