Kuih Lepat Jagung ni memang sedap. Manis, lemak dan ada rasa jagung segar. Uniknya, kuih ini dibungkus menggunakan kulit jagung. Memang ‘rare’. Tapi jangan risau, jika tiada kulit jagung tu, boleh je guna daun pisang. Jom ‘try’! Kuih tradisi orang lama ni memang sedap. Tak rugi kalau kita cuba. Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba! Anda pasti sukakan rasanya.
1.Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
2.Dengan api perlahan, masak adunan sehingga pekat. Pastikan sentiasa dikacau. Angkat dan ketepikan.
3.Sediakan kulit jagung, sudukan 1 sudu makan adunan.
4.Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Cara opah lipat, gulung dan selisihkan daun sebelah bawahnya, kemudian ikat menggunakan kulit jagung yang disiat halus.
5. Susun lepat dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit.
Ads
6. Angkat dan sejukkan Kuih Lepat Jagung terlebih dahulu sebelum dinikmati.
INFO: Pilih kulit jagung bersaiz besar untuk membungkus. Boleh juga guna daun pisang.
Kuih Seri Muka ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN
BAHAN LAPISAN BAWAH (PULUT):
2 cawan beras pulut – basuh bersih
1 cawan santan
1 sudu teh garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji telur
1 cawan gula pasir (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1/2 cawan air kisaran daun pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Bagi menyediakan lapisan bawah, satukan kesemua bahan dalam loyang bersesuaian dan gaul rata. Kemudian kukus selama 20 minit.
2. Setelah pulut masak, tekan pulut hingga padat.
3. Untuk lapisan atas, campurkan semua bahan dan kacau sebati. Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air.
4. Tapis adunan dan tuang ke atas pulut tadi. Kukus kembali selama 30-40 minit.
5. Sejukkan seketika kuih dan potong ikut saiz yang bersesuaian sebelum dinikmati.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daripada Ruzanna Abd Rahman. Wanita ini membuat kuih Puteri Ayu yang cantik kejadiannya.
Kuih ini sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan. Boleh juga dihidangkan sebagai juadah minum petang.
Kuih orang lama, namun tetap diminati hingga kini. Jom kita cuba!
KUIH PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete
100 ml santan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil emulco pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Satukan telur ayam, gula dan ovellete. Gunakan mixer dan kisar sehingga gebu serta ringan.
2. Masukkan santan. Kisar lagi sehingga ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kisar lagi.
4. Masukkan emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau lagi.
5. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Cantik kejadian kuih ini.Sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Usahawan bakeri Ina Azlina antara yang tak lokek berkongsi pelbagai jenis resipi termasuk produk yang laris dijual kepada orang ramai. Tidak terkecuali resipi pudding enak yang cantik gebu ini.
Meski cukup laku, katanya dia tetap berkongsi resipi agar boleh dijadikan jualan buat mereka yang berminat untuk berniaga. Ini kerana kos membuatnya tidak mahal cara membuatnya juga mudah. Rasanya pula sedap dan kurang manis.
Resipi puding sedap dan gebu
Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar 10g
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 tin air kosong
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik esen vanilla
Bekas plastik
Cara memasak
1. Masuk semua bahan dalam periuk
2. Menggunakan api perlahan, kacau adunan tanpa henti sampai mendidih.Kemudian matikan api.
3. Biarkan adunan suam.
4.Selepas itu boleh tuangkan dalam bekas. Jika ingin membuat puding fruity, sapu terlebih dahulu filling di tepi bekas sebelum tuang adunan.
5. Sekiranya mahu meletakkan topping, tuang satu sudu besar gelatin dan air suam kemudian larutkan. Campur pada filling yang disukai kemudian boleh tuang di atas pudding. Sejukkan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.