Cara Mudah Buat Meatball Homemade Yang Sedap

Share

Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah meatball homemade, resipi perkongsian saudari Nor Izzatie Mardu. Nampak sedap dan ia juga tidak menggunakan MSG. Jom cuba!

 

MEATBALL HOMEMADE SEDAP MENYENGAT

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • Bawang besar – hiris (anggaran 1 biji)
  • Bawang putih – hiris ( anggaran 2-3 ulas)
  • 3-4 sudu makan serbuk roti
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa – jika suka

 

CARA MEMASAK:

1. Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus. Nak guna daging kisar readymade pun boleh.)

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.

3. Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.

4. Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.

5. Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.

6. Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.

Kredit resipi & foto: Nor Izzatie Mardu

Published by
Nur