Kalau anak minta makan muffin memang boleh terus buat, kerana cara buat muffin ini mudah sangat. Hanya gunakan 3 bahan saja.
Hasilnya macam scones, lembut sedap dan tak manis sangat. Muffin ini boleh juga makan dengan jem, sapuan coklat dan nuttella ikut cita rasa. Anak-anak mesti suka. Jika nak cuba boleh ikut saja perkongsian Puan Aliah Yahaya ini.
Bahan-bahan
1 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
3 sudu besar mayones (apa-apa jenama pun boleh)
1/2 cawan susu segar (fresh milk)
Cara membuat:
Mula-mula masukkan tepung naik sendiri dalam bekas.
2. Kemudian masukkan pula mayones.
Ads
3. Gaul tepung naik sendiri dan mayonis. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan pula susu segar.
5. Gaul asal sebati. Jangan lama sangat. Ingat ya. Dah sebati terus berhenti gaul. Jika gaul lama, muffin akan keras.
Ads
6. Masukkan dalam cawan kertas, adunan ini dapat dalam 6-7 cawan saja.
7. Bakar 200°C /20 minit .
Ads
8. Siap. Rasanya macam scones pun ada. Tapi lembut. Tak manis sangat. Boleh je tukar flavour kalau suka.
Info
Muffin ini tak gunakan gula tapi ada rasa manis, cuma ringan saja. Jadi memang sesuai untuk dimakan bersama dengan sapuan jem, coklat, Nutella dan sebagainya.
Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom cuba resipi Roti Canai Beef Calzone. Berbentuk seperti karipap gergasi, resipi ini menggunakan Rendang Daging sebagai inti. Memang sedap dimakan panas-panas, lebih-lebih lagi jika ditambah keju. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Keju gabungan Mozzarella, Cheddar dan Parmesan ini memberi rasa keju yang seimbang dan tidak berminyak. Memang puas makan dan sangat sedap!
ROTI CANAI BEEF CALZONE
Bahan-bahan A:
6-8 keping roti canai segera
300gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
Anchor Butter Unsalted
2 biji telur – kacau dengan garfu
Bahan-bahan B (Rendang):
800gram daging – potong kecil
1 cawan santan
8 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
6 biji cili padi – kisar
8 biji bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
2 sudu makan ketumbar – kisar
1 inci halia – kisar
1 inci lengkuas – kisar
2 batang serai – kisar
2 sudu makan kerisek
3 helai daun limau purut – siat-siat
Garam dan gula perang secukup rasa
Cara-cara:
Untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali lalu tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan daging, santan, kerisek, daun limau purut lalu masak hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Sesuaikan rasanya. Sejukkan sebentar.
Untuk membuat calzone; ambil sekeping roti canai segera; tabur sedikit tepung (untuk mengelakkan melekat), ambil sesudu besar rendang daging letakkan ke dalam separuh bahagian roti canai. Tambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya. Sapu hujung roti canai dengan sedikit bancuhan telur. Tutup sebahagian lagi roti canai lalu kelim kelilingnya hingga membentuk separuh bulat.
Sapu bahagian atas calzone dengan kuning telur lalu tabur Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di atasnya.
Susun calzone canai di dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit Anchor Butter Unsalted lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga keperang-perangan.
Lapisan bawah roti manakala belah atasnya adalah kek. Wow…Istimewanya, tak perlu susah-susah bakar 2-3 kali. Masak je sekali harung. Memang unik! Anda yang suka baking, bolehlah cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
ROTI KEK COKLAT CHIP
BAHAN-BAHAN UNTUK MENYEDIAKAN DOH MANIS:
BAHAN A:
100gm tepung protein tinggi
80gm tepung gandum
90gm gula
5gm susu tepung
5gm garam
BAHAN B:
30ml susu UHT
120ml air sejuk
6 biji telur
BAHAN C:
35gm mentega
BAHAN D:
9gm yis segera
BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:
130gm gula halus
150gm telur
130gm tepung gandum
5gm serbuk penaik
60gm minyak jagung
20gm chocolate emulco
50gm cip coklat
CARA MEMASAK:
Gulung doh seberat 100gm dan susun di dalam tin. Sapukan tin dengan mentega dan letakkan kertas minyak. Rehatkan doh selama 25minit.
Pukul gula dan telur hingga kembang.
Kemudian masukkan tepung dan serbuk penaik. Pukul hingga kembang dan likat. Masukkan pula minyak jagung.
Tunggu sehingga doh menjadi tiga kali ganda. Tuangkan adunan kek ke dalam bekas adunan.
Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit pada suhu 180°C.
Info Chef: Penggunaan cip coklat memberikan rasa yang lebih menarik terhadap hidangan ini.
Roti boy bila dibakar harum semerbak baunya. Memang memanggil untuk membelinya. Sekali membeli tak cukup satu, confirm dua atau tiga biji. Baru puas makan.Kalau dah suka, buat sendiri lagi puas makan. Ini resipi yang paling mudah buat hanya guna roti keping.Roti keping agak tak laku di rumah cuba buat cara ini, gerenti berebut makan tambah pula bila panas.
ROTI BOY
Bahan-bahan topping: 4 sudu teh kopi segera/nescafe 2 sudu teh air panas 1 biji telur 70 gm gula aising 80 gm tepung gandum 80 gm butter
Cara membuat: 1. Campurkan semua bahan-bahan topping kecuali butter.
2. Bila dah sebati, baru masukkan butter dan gaul sebati. 3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar. 5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-masing) sehingga topping masak dengan sempurna. 6. Siap untuk dihidang. Kredit: TikTok @yayaamirul
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: