Ada masa kita buntu idea nak hidang apa waktu pagi atau petang. Asyik mi goreng, nasi goreng, cucur, nasi lemak tak pun roti.
Kalau dah ketandusan idea bolehlah cuba buat murtabak telur ini. Boleh buat untuk sarapan dan makan petang.
Idea resipi ini dari Fadhilah Khaulan yang katanya memang senang ‘yakmat’ dan bila buat berebut anak makan.
1. Sediakan bahan-bahan berikut
-Kulit popia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Cili api
-Telur
-Garam/perasa
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api sampai garing. Kemudian letak garam, serbuk perasa dan telur. Kacau sampai berketul. Pastikan guna sedikit minyak saja supaya kulit popia tak bocor.
3. Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia dan bungkus ikut cita rasa. Boleh terus goreng gunakan minyak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Fadhilah Khaulan