
Orang utara mesti tau ni masak apa..ni namanya masak parpu teloq. Kalau masak parpu teloq ni mesti nak boh teloq rebuih dgn teloq pecah..baru best Ini kalau makan dengan roti atau nasi panas-panas memang sedap yang amat. Korang cuba resipi ni.
PARPU TELUR
Kacang parpu..perlu rendam semalaman
Teloq..tepulang nak rebus atau pecah
Santan..
Sebok kunyit skit..
Garam..
Sebok perisa jika nak..
Ubi kentang..tomato belah 4
BAHAN BLEND..
Bawang besaq..
Bawang putih..
Halia..
BAHAN TUMIS DARAT..
Bawang besaq..hiris
Bawang putih..hiris
Daun kari..
Cabai kering potong 2..
CARA MEMASAK..
Rebus kacang parpu yg rendam semalaman tu dlm periuk atau kuali..pastu tuang bahan blend n sebok kunyit..boh minyak skit na..pastu rebus sampai parpu lembut..bila dah lembut dah boleh boh ubi kentang bila ubi dah empuk boh santan teloq garam n sebok perisa..kemudian boh tomato..pastu tumis bahan yg tumis darat tadi dgn minyak skit na..bila dah agak2 garing dah boleh tuang atas masak parpu kita td..pastikan kuah mendidih dlu na..kemudian tutup api..dah boleh dhidang..
Kredit Resepi : masni bahari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cucur Udang, Sedap Buat Minum Petang

Antara menu jualan laris di gerai untuk minum petang adalah cucur udang. Selain pisang goreng, cucur udang juga amat menarik perhatian untuk dibeli dan dijadikan hidangan minum petang. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas. Tepung yang digoreng bersama udang dan juga sayuran, kemudian dimakan pula dengan sos cili memang sangat mengasyikkan. RASA berikan resipi cucur udang yang mudah tapi sedap.
CUCUR UDANG

BAHAN-BAHAN
• 1 kg tepung gandum
• 1 peket mauripan
• 1 batang lobak merah (disagat halus)
• Sedikit daun kucai
• Sedikit taugeh
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Udang
• Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung gandum, mauripan, lobak merah, daun kucai, taugeh dan garam. Bancuh dengan air. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
2. Peram bancuhan dalam sejam.
3. Apabila sudah kembang bolehlah digoreng bersama-sama udang.
4. Tekan sikit udang pada bancuhan tadi supaya udang tidak jatuh.
5. Api jangan terlalu besar. Nanti masak di luar saja tapi di dalam mentah lagi.
Resipi oleh Hamizah Yatim dari Telegram KakiMakan
Kek Keju, Souffle Cheesecake, Guna Tiga Bahan Aje

Kek keju memang ada banyak versi resipinya. Asalnya daripada resipi yang panjang senarai ramuannnya, kini muncul berbagai versi Kek Keju mudah dengan sedikit bahan ramuannya. Tabiklah pada empunya resipi yang meringkaskannya.
Tapi bab rasa memang tak boleh kompromi, sedap tu weii. Jom tengok resipi dari Florence Jonathan ni.
SOUFFLE CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN :
- 3 biji telur (asingkan putih & kuning telur)
- 120 gram cream cheese
- 120 gram coklat putih
.
CARA MEMBUAT ::
1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila diterbalikkan bekas, bahan tak jatuh). Ketepikan.
2. Cairkan coklat putih (coklat dah manis) dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.
3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dcairkan tadi. Kacau adunan sampai sebati.
4. Selepas itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese+coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.
5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi sampai habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak/butter dan dilapik dengan baking paper. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.
7. Bakar adunan kek dengan kaedah ‘bain marie’(beralaskan dulang berisi air) menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung pada oven anda. Guna api atas bawah.
8. Setelah kek masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling ikut selera masing-masing.
Resepi Oleh: Florence Jonathan
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
4 Resipi Strawberi Kesukaan Anak. Kek, Biskut, Trifles, Coklat Strawberi Keju…Sedapnyaa.
MUNGKIN JUGA VIDEO INI :
5 Menu Masakan Laut Pemecah Selera

Masakan dari olahan makanan laut tidak pernah menjemukan malah membuka selera tidak kira sama ada untuk menu tengah hari mahupun malam. Dalam kita menyediakan menu makanan laut ini perlu juga mengambil berat tentang kesihatan. Jangan lupa makanan laut ini boleh menaikkan kolesterol dalam badan. Apapun hidangan makanan laut memang menyelerakan. RASA membariskan idea masakan laut yang boleh dihidangkan untuk dinikmati bersama keluarga.
RENDANG KERANG HIJAU
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos :RM20
BAHAN-BAHAN:
- 3 kg kerang -direbus dan diambil isinya
BAHAN KISAR
- 300g cili padi [hijau sahaja]
- 2 labu bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 4 batang serai
- sepotong halia
- sepotong lengkuas
- garam secukup rasa
- 3 sudu besar kerisik
- santan kelapa
- air asam jawa secukup rasa
- 3-4 helai daun limau purut
- serbuk perasa
- sedikit belacan
- minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. kacau sehingga naik bau.
- Setelah garing, masukkan isi kerang ke dalam kuali. kacau sebati.
- Setelah sebati, masukkan santan dan kerisik ke dalam kuali. kacau sehingga santan masak.
- Masukkan garam, air asam jawa dan serbuk perasa secukupnya. kacau sehingga rendang sedikit kering.
- Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan dikacau rata. sedia dihidang bersama nasi panas.
INFO CHEF:
Masakan ini perlu menggunakan cili padi dengan kuantiti yang agak banyak. Untuk mengurangkan kepedasan , cili padi dikisar bersama tangkainya. Ini dapat mengurangkan kepedasan pada masakan.
KETAM NESTUM BUTTER MILK
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Sedap serta lemak berkrim
Anggaran kos :RM30
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam bunga
1/2 biji bawang besar kuning – cincang
4 ulas bawang putih – cincang
2 batang daun kari – saya letak lebih
8 tangkai cili padi – hiris
2 sudu besar butter
3 sudu besar serbuk nestum
3 sudu besar susu pekat manis
Garam secukupnya
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Ketam dibuang kulit dan sponge di badannya, basuh dan dipotong dua dan tos.
2.Panaskan sedikit minyak.Goreng ketam hingga garing dan ketepikan.
3.Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan butter panaskan sehingga
cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama.
4.Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang
besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.
5.Masukkan pula susu pekat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan
serbuk nestum untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.
5.Akhir sekali masukkan ketam. Kacau seketika sehingga ketam masak, sedia untuk
dihidangkan.
INFO CHEF:
Selain untuk melazatkan lagi kuah, penggunaan serbuk nestum adalah bertujuan untuk memekatkan kuah bagi menggantikan kebiasaan penggunaan tepung jagung di dalam masakan
GULAI UDANG TUMIS DARAT
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: aroma tumisan darat yang melazatkan lagi masakan
Anggaran kos :RM18
BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar serbuk kari daging
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugur
1 mangkuk santan
½ mangkuk kacang panjang
1 biji tomato
3 biji cili padi.
BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ sudu halba campur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Basuh udang sehingga bersih
2. Tumbuk kasar bawang merah , bawang putih dan halia
3. Masukkan udang, bahan-bahan tumbuk, serbuk kari , asam gelugur dan daun kari ke dalam periuk dan rebus sehingga mendidih
4. Setelah mendidih masukkan santan, garam , perisa dan sedikit gula
5. Kacau sehingga agak sedikit pekat
6. Masukkan kacang panjang, tomato dan cili padi
7.Agak sudah elok semua rasa tutup api
8. Di dalam kuali kecil, panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat
9.Setelah bawang garing dan wangi cepat-cepat tuang kesemua bahan tumis beserta kesemua minyak tumisan ke dalam periuk gulai tadi dan tutup periuk
10.Gulai sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Kaedah tumis darat perlu di pastikan periuk cepat-cepat ditutup sejurus selepas mencurahkan tumisan minyak bersama bawang yang ditumis agar wap tidak terkeluar dan ini akan membuatkan aroma tumisan tadi meresap mesra ke dalam kuah.
BAWAL 3 RASA
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Goreng dan Tumis
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Sedap dengan kombinasi rasa pedas, masam dan manis
Anggaran kos :RM20
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal hitam (basuh bersih, lumurkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan goreng hingga garing, ketepikan)
- 1 labu bawang Holland – potong dadu
- 3 ulas bawang putih – cincang kasar
- ½ inci halia – cincang kasar
- 1 jurai nenas – potong dadu
- 1 jurai timun – potong dadu
- 1 biji tomato – potong dadu
- 1 biji lobak merah – potong dadu
- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos tomato
- 3 sudu sos cili
- 1 sudu sos ikan /sotong
- 1 sudu kicap pekat manis
- ½ sudu makan cuka
- 5 tangkai cili padi hijau – hiris kasar
- 3 tangkai cili padi merah – hiris kasar
- Daun bawang untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak untuk menumis.
2.Tumis hirisan bawang Holand, bawang putih, halia sehingga berwarna kuning dan wangi
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, sos ikan / sotong, kicap dan cuka makan. Sekiranya
agak pekat, masukkan sedikit air panas
4. Kacau hingga sebati, masukkan hirisan nenas, timun, tomato , lobak merah, cili padi dan cili merah.
5.Sediakan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalam pinggan hidangan.
6.Curahkan kesemua sos masakan tadi ke atas ikan yang telah digoreng tadi
7.Hiaskan bersama hirisan daun bawang . Bawang 3 rasa sedia untuk dihidang.
INFO CHEF:
Bagi yang menginginkan kelainan dalam rasa, masakkan ini boleh juga ditambah dengan buah prun kering atau asam boi juga buahan jeruk yang lain .Kombinasi masam dan manis di dalam bahan-bahan ini dapat melazatkan lagi masakan
ACAR TENGGIRI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Goreng & tumis
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Masam manis
Anggaran kos :RM10
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan tenggiri yang telah digoreng kunyit
- 3 biji cili hijau
- 6 biji cili api
- 2 biji bawang besar di belah 4
- 2 biji timun jepun. timun biasa pun boleh juga tapi dibuang bijinya – dipotong panjang 3cm
- 2 ulas bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia diracik untuk menumis
- 3 sudu besar serbuk kari dan sedikit daun kari
- 1 biji lobak merah – dipotong panjang 3cm
- 1 sudu teh halba
- 5 sudu besar cuka makan
- 1 cawan air
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang merah, bawang putih ,halba, cili api, daun kari dan halia hingga sedikit perang. Masukkan pula rempah kari dan goreng seketika dan tuangkan air
- Renehkan dengan api perlahan sehingga terbit minyak dan masukkan cuka makan.
- Masukkan bawang, timun, lobak merah dan cili hijau. Masak seketika. Masukkan ikan, dan perasakan garam
- Acar Tenggiri sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
INFO CHEF:
Untuk rasa yang lebih sedap, serbuk kari , halba serta sedikit daun kari di sangai terlebih dahulu. Ini dapat memberi lebihan bau wangi kepada masakan dan menjadi lebih sedap.
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan masak di atas kuali tanpa minyak sehingga keluar airnya, tapi jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi keras.
2. Asingkan sotong dan airnya ke dalam bekas berasingan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
4. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula melaka dan air sotong tadi.
6. Masukkan pula sotong dan petai.
7. Kacau sehingga petai sedikit layu. Kalau suka petai rangup, masak sekejap sahaja.
8. Perasakan dengan garam secukupnya.
INFO CHEF:
- Masak sambal dengan minyak yang banyak supaya cili masak dengan sempurna dan sedap.
- Lebihan minyak boleh dibuang kemudian selepas sambal masak.