Mudah rupanya nak buat pastry cream puff resipi perkongsian saudari Jemah Jematul Adawiyah ni. Nampak gebu! Puan-puan yang suka makan cream puff ni bolehlah cuba. Intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Ada yang suka krim kastard, ada yang suka krim keju dan macam-macam lagi. Tapi sebelum tu, meh ‘hadam’ cara-cara buat pastry Cream Puff ni. Selamat mencuba!
CARA BUAT PASTRI UNTUK CREAM PUFF
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega/marjerin
275gm air
150gm tepung gandum
3 biji telur gred C
1 sudu teh creamy vanilla – boleh gantikan dengan esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Satukan marjerin dan air di dalam kuali. Masak hingga marjerin cair. Padamkan api.
Ads
2. Masukkan tepung. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
3. Buka api kecil sahaja dan masak adunan hingga tidak melekat di kuali.
4. Alihkan adunan ke bekas yang lain dan biar sejuk seketika.
5. Bila adunan sudah suam, boleh masukkan creamy vanilla diikuti telur satu persatu. Adun hingga sebati dan dapat tekstur yang dikehendaki.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Ads
7. Paipkan adunan ke dulang yang telah dialas dengan baking paper. Sebelum itu, panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit. Tekan sedikit muncung cream puff menggunakan jari dan renjis sedikit air.
8. Bakar selama 40 minit atau hingga pastri cream puff keperangan.
9. Setelah siap, sejukkan pastry creampuff di dalam peti sejuk sebelum dipaipkan aneka inti pilihan anda.
Ads
INFO:
Telur kena dimasukkan sebiji demi sebiji bagi mengelakkan terlebih. Sebagai contoh, jika resipi guna 4 biji telur, masukkan 3 biji terlebih dahulu dan tengok keadaan doh. Jika adunan doh sempurna, sudah tidak perlu tambah. Jika agak kental, pecahkan telur ke-4 dalam bekas lain, pukul sedikit dan tambah ke dalam adunan sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang dikehendaki.
Kalau ketuhar cepat panas, turunkan suhu. Jangan buka pintu ketuhar semasa proses pembakaran berlaku bagi mengelakkan pastri tidak menjadi.
Guna api atas bawah. Jika ketuhar anda ada kipas, boleh pasang kerana ia membantu proses puff mengembang dengan cantik.
Salah satu cara untuk menikmati tauhu secara lebih sedap dan enak. Anda anak-anak tak suka tauhu, menu ni pasti mengubah persepsi mereka. tengok sahaja pun dah terasa kenikmatannya. Jom cuba!
BERGEDIL TAUHU
BAHAN-BAHAN:
4 keping tahu lembut
3 biji kentang | direbus/goreng
1-2 ketul dada ayam | dicincang halus. Kalau nak rebus dulu pun ok je kemudian siat-siat
1 biji bawang besar | dicincang halus
Bawang goreng | jika suka
1 pokok daun sup | dicincang
1/2 batang cili hijau & merah | dicincang
1/2 batang lobak merah | dicincang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk bawang putih | jika tiada, boleh pakai bawang putih biasa, cincang dan goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur
Nota:Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam
CARA MEMASAK:
1. Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.
2. Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.
3. Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.
4. Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentu X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.
5. Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. ( minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.)
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.
Pisang adalah salah satu buah-buahan yang menjadi kegemaran ramai, dan pastinya pelbagai hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan pisang jika kita kreatif.
Memang mudah dan sememangnya sedap! Ini dia 5 resipi berasaskan pisang yang boleh dijadikan sebagai menu lazat untuk dikunyah.
1. CEKODOK PISANG GEBU
BAHAN-BAHAN:
8 biji pisang emas – pisang yang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN:
Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonat hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak, buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang.
Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
2. PANCAKE PISANG VERSI MODEN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
BAHAN TOPPING:
Pisang
Madu atau maple syrup
Gula Perang
Butter
CARA PENYEDIAAN:
Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
Panaskan non-stick pan, kecilkan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.
Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang-lubang dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
Adunan ini menghasilkan 9 – 10 keping pancake.
Untuk topping : panaskan satu sudu besar butter + masukkan 1 sudu besar gula perang. Cairkan keduanya dan masukkan potongan pisang. Masak sedikit agar pisang disaluti gula perang. Jangan dibiarkan hangit. Enak juga dimasukkan taburan badam cincang.
Cadangan lain untuk topping – potong pisang dan tuang maple syrup atau madu.
Buat yang suka makan makan kek, pastikan tidak terlepas dari membuat kek yang mudah dan enak rasa ini. Boleh dihidang untuk minum petang nanti. Sangat mudah hanya guna tiga bahan.