Mudah rupanya nak buat pastry cream puff resipi perkongsian saudari Jemah Jematul Adawiyah ni. Nampak gebu! Puan-puan yang suka makan cream puff ni bolehlah cuba. Intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Ada yang suka krim kastard, ada yang suka krim keju dan macam-macam lagi. Tapi sebelum tu, meh ‘hadam’ cara-cara buat pastry Cream Puff ni. Selamat mencuba!

CARA BUAT PASTRI UNTUK CREAM PUFF

 

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm mentega/marjerin
  • 275gm air
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur gred C
  • 1 sudu teh creamy vanilla – boleh gantikan dengan esen vanilla

CARA MEMASAK:

1. Satukan marjerin dan air di dalam kuali. Masak hingga marjerin cair. Padamkan api.

2. Masukkan tepung. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul.

Cara Mudah Buat Pastri Cream Puff Yang Dijamin Menjadi.

IKLAN

3. Buka api kecil sahaja dan masak adunan hingga tidak melekat di kuali.

Cara Mudah Buat Pastri Cream Puff Yang Dijamin Menjadi.

4. Alihkan adunan ke bekas yang lain dan biar sejuk seketika.

5. Bila adunan sudah suam, boleh masukkan creamy vanilla diikuti telur satu persatu. Adun hingga sebati dan dapat tekstur yang dikehendaki.

Cara Mudah Buat Pastri Cream Puff Yang Dijamin Menjadi.

IKLAN

Cara Mudah Buat Pastri Cream Puff Yang Dijamin Menjadi.

6. Masukkan adunan ke dalam piping bag.

7. Paipkan adunan ke dulang yang telah dialas dengan baking paper. Sebelum itu, panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit. Tekan sedikit muncung cream puff menggunakan jari dan renjis sedikit air.

Cara Mudah Buat Pastri Cream Puff Yang Dijamin Menjadi.

8. Bakar selama 40 minit atau hingga pastri cream puff keperangan.

IKLAN

Cara Mudah Buat Pastri Cream Puff Yang Dijamin Menjadi.

9. Setelah siap, sejukkan pastry creampuff di dalam peti sejuk sebelum dipaipkan aneka inti pilihan anda.

Cara Mudah Buat Pastri Cream Puff Yang Dijamin Menjadi.

INFO:

  1. Telur kena dimasukkan sebiji demi sebiji bagi mengelakkan terlebih. Sebagai contoh, jika resipi guna 4 biji telur, masukkan 3 biji terlebih dahulu dan tengok keadaan doh. Jika adunan doh sempurna, sudah tidak perlu tambah. Jika agak kental, pecahkan telur ke-4 dalam bekas lain, pukul sedikit dan tambah ke dalam adunan sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang dikehendaki.
  2. Kalau ketuhar cepat panas, turunkan suhu. Jangan buka pintu ketuhar semasa proses pembakaran berlaku bagi mengelakkan pastri tidak menjadi.
  3. Guna api atas bawah. Jika ketuhar anda ada kipas, boleh pasang kerana ia membantu proses puff mengembang dengan cantik.

 

Kredit resipi & foto: Jemah Jematul Adawiyah

Info : Blog Azlita Masam Manis

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI