Kuih muih dan manisanMelayu yang sedap-sedap banyak menggunakan santan dan telur. Kadang-kadang, bagi yang ada masalah alergi terhadap telur, memang tengok saja. Terliur tapi apakan daya. Kalau dicuba juga, memang cari penyakit namanya. Bagi anda yang ada alahan tetapi teringin nak makan Puding Karamel, resipi Puding Karamel Tanpa Telur perkongsian saudari Mleisya Scarf Comel Sokmo ini boleh anda cuba.
RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR & KURANG MANIS
Ads
BAHAN KARAMEL
4 sudu besar gula
3 sudu besar air
CARA-CARA:
Satukan gula dan air. Masak guna api kecil hingga nampak perang. Ketepikan.
Rasa pastri manis rangup berperisa kayu manis bersama kastard dan kismis.
BAHAN-BAHAN:
2gm roti improver
7gm yis segera
500gm tepung tinggi protien
75gm gula
50gm susu tepung
32gm butter
1 biji telur
6gm garam
225gm air
370gm pastri margerin
20gm premix kastard
Kismis secukupnya
Gula perang secukupnya
Serbuk kayu manis sedikit
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan-bahan kering di dalam mixer, putar sampai sebati.
Kemudian masukkan bahan basah, uli sehingga 2 hingga 3 minit.
Balut doh dan dibiarkan 1 jam di dalam suhu bilik.
Kemudian, keluarkan doh dan tepuk untuk mengeluarkan angin di dalam doh, selepas itu, masukkan doh ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.
Roll doh 46cm x 15cm dan letakkan pastri margerin di tengah-tengah doh, balut pasteri margerin.
Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
Keluarkan doh dan uli doh hingga memanjang. Lipat 1 hujung doh hingga separuh bahagian doh, kemudian lipat 1 lagi hujung bahagian doh ke atas bahagian doh yang telah di lipat tadi. Letakkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
Ulang proses 7 dua kali.
Keluarkan doh, roll doh 36cm x 14cm. Sapu nipis premix kastard dan taburkan sedikit gula perang dan sedikit sebuk kayu manis. Kemudian gulungkan doh dan potong 2 doh sebesar 3 inci.
Nak cuba satu resipi sarapan yang senang di buat, cepat disediakan dan mengenyangkan? Nah, RASA kongsikan resipi roti bakar telur hancur. Yang menyedapkannya sebab ada keju. Ha, bolehlah cuba ya.
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU
roti bakar telur hancur fb.
BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Resipi Bavarian Donut Cheese ni memang menarik perhatian sungguh. Sesuai dibuat untuk anak2anak yang suka sangat makan donut. Lepas ni bolehlah cuba sendiri tak perlu beli dikedai lagi. Wajib buat!
RESIPI BAVARIAN DONUT CHEESE
Bahan-Bahan:
Tepung roti@gandum 1 kg
Air suam 300 ml + yeast mauripan 2 peket
Susu 300ml
Garam 1 sdb
Gula 4 sdb
Telur 2 biji(x bergambar)
Minyak 80ml
Cara-Cara:
Campur semua bahan tadi,uli sampai jadi mcm ni..rehatkan sekejap
Uli semula sampai jadi lembut dan licin.
Kalau ada mixer,campur je semua dan mix sampai dia licin dan elastik
Bulatkan doh td kecil2..sy buat lbh kurang berat 30gm sebiji
Saya buat bulat2 dan leperkan sikit..saje suka2..
Dah bulatkan rehatkan sekejap bagi dia kembang…jgn lama sangat nanti terlalu kembang nak angkat goreng susah
Goreng dgn minyak banyak.dan api perlahan shj. Dah masak,angkat dan toskan
Cucuk lubang guna lidi atau pisau untuk picit inti
Picit cream cheese filling ke dlm donut.
RESIPI CHEESE FILLING
Bahan-Bahan:
tatura cream cheese 250gm
Anchor whipping cream 1 kotak kecil 250ml kalau x silap..kotak warna biru tu.
Susu pekat 1/2 tin
Cara-Cara:
Campur semua,masukkan dlm.blender @mixer dan blend..
Masukkan cream td ke dlm piping bag @plastik dan picit ke dlm donut
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira