Cara Mudah Buat Puding Mangga Sedap & Menarik, Memang Menjadi!

Share

Apabila nampak buah mangga yang dijual warna kuning dan besar-besar, memang geram nak membelinya kan. Tapi bila beli, ada yang tak sempat nak menghabiskannya.

Apa kata, buah mangga yang ada boleh dijadikan hidangan pencuci mulut yang sedap dan menarik. Contohnya macam resipi puding mangga yang dikongsikan Muhammad Ali ini.

Nampak sedap dan menarik sekali. Cara buat pun mudah je. Selain untuk hidangan makan bersama keluarga, boleh juga dijadikan jualan sebagai pendapatan sampingan.

 

PUDING MANGGA

BAHAN LAPISAN PERTAMA (PUTIH)
(guna loyang petak 8 inci)

4-5 biji mangga (nak kurangkan pun boleh) | potong dadu
8gm agar-agar tali


3 cawan air
50gm gula
130gm susu segar
30gm dairy whipping cream

TONTON Cara Buat Creamy Garlic Butter Chicken

TONTON Resipi Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah

BAHAN LAPISAN KEDUA (KUNING):

300gm puree + 2 sudu sunquick mangga (kisar mangga, tapi sebelum kisar tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga. Dah kisar sila tapis)


8gm agar-agar tali – beli online di sini
3 cawan air
30gm gula – beli online di sini
130gm susu cair – beli online di sini
30gm dairy whipping cream
3 sudu makan sunquick mangga – beli online disini

CARA-CARA:

1. LAPISAN PERTAMA (PUTIH): potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.


2. Letak atas api sederhana 8gm agar-agar tali + 3 cawan air.


3. Biarkan mendidih dan agar-agar tali tadi terurai. Masukkan 50gm gula. Dah larut, baru masukkan 130gm susu segar + 30gm dairy whipping cream.


4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap kemudian tutup api.
5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.


6. LAPISAN KEDUA (KUNING): Guna dalam 3-4 biji mangga. Api sederhana, masukkan 8gm agar-agar tali + 3 cawan air.
7. Bila mendidih masukkan 30gm gula.


8. Bila gula dah larut, masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga dan 3 sudu makan sunquick mangga.


9. Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 2-3 minit. Tutup api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi.


10. Sebelum tuang, cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat dan tak terpisah.


11. Setkan dalam 1-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. InsyaAllah sedap. Buatlah juga untuk jualan, insya-Allah ramai suka.

Kredit resipi: Muhammad Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff