Roti Jala sering menjadi pilihan untuk hidangan minum petang. Sesetengah orang menganggap sukar untuk membuat Roti Jala tetapi sebenarnya mudah saja. Kami kongsikan resipi Roti Jala yang mudah dan enak dimakan bersama Kari Kentang. Nak lagi sedap, tambahkan Anchor Cheese Slices, inti kari kentang dan gulung. Makan pula panas-panas, tak cukup satu.
Jangan lupa gunakan Mentega Anchor dan Anchor Cheese Slices untuk menambah rasa dalam hidangan. Mentega Anchor merupakan 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Ditambah pula dengan Anchor Cheese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium, memang sedap dan tak muak bila dimakan. Cubalah, anda pasti suka!
ROTI JALA BERINTI KEJU & KENTANG
BAHAN-BAHAN A:
8-10 keping Anchor Cheese Slices
Anchor Unsalted Butter secukupnya
BAHAN-BAHAN B (ROTI JALA):
360gram tepung gandum
530ml cawan air
230ml susu UHT Fernleaf
1 biji telur
30gram minyak
1 sudu teh garam halus
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dalam mangkuk. Pukul menggunakan whisk hingga semua bahan sebati. Tapis ke dalam mangkuk lain. Tuang bancuhan ke dalam botol acuan roti jala secukupnya.
Panaskan kuali non stick dengan api yang sederhana kecil. Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter.
Jalakan bancuhan tadi ke dalam kuali dan biarkan masak dalam 1-2 minit. Angkat dan ketepikan. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
BAHAN-BAHAN C (KENTANG KARI):
3 biji ubi kentang – potong dadu
3 ulas bawang merah – tumbuk halus
2 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 sudu makan serbuk kari
2 tangkai daun kari
80gram Anchor Unsalted Butter
100ml Anchor cooking cream
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari serta serbuk kari. Kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu lalu tumis lagi hingga rempah masak.
Masukkan ubi kentang dan masukkan Anchor Cooking Cream. Gaul rata. Didihkan hingga kentang empuk. Tambah garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
Ambil sekeping roti jala, letakkan sekeping Anchor Cheese Slice lalu letak sesudu inti kentang. Gulung roti jala dengan kemas. Hidangkan.
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bila cuti sekolah, ibu-ibu pastinya asyik memikirkan menu yang hendak disediakan untuk anak. Salah satu snek mudah, sedap dan mengenyangkan yang boleh dicuba ialah Roti Sosej Goreng perkongsian saudari Shah Ruzanna Shafiee. Buat secara homemade tentunya lebih jimat, kebersihan terjamin dan boleh puas makan. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI SOSEJ GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula halus
1 1/2 sudu makan marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu makan yis – bancuh dengan 1/2 cawan air suam
Sosej secukupnya – potong dan celur
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula halus, marjerin dan garam. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Biarkan doh mengembang. Kemudian bulat-bulatkan doh dan gentel memanjang.
4. Lilit doh pada sosej dan kemaskan lilitan suapay ia tidak terbuka ketika digoreng.
Apa kudapan minum petang anda? Mungkin idea buat cucur bihun boleh anda
pertimbangkan.Barulah ada kelainan rasa.Sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang.Gerenti habis sepinggan.Istimewanya menu ini menggunakan bihun di dalamnya.Bila dimakan dengan sos lagilah enak rasanya.
CUCUR BIHUN
BAHAN-BAHAN:
1/2 bungkus bihun (rebus hingga lembut dan potong pendek)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 batang lobak merah – dihiris halus
1 biji bawang besar – dihiris halus
2 biji cili merah – hiris halus dan buang biji
Daun bawang – hirus halus
2 biji telur
1 cawan udang
Ikan bilis secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan air
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan rebus bihun hingga lembut. Kemudian potong pendek.
2. Masukkan tepung, lobak merah, bawang besar, cili merah, daun bawang, ikan bilis, udang, telur dan air. Gaul hingga sebati.
3. Panaskan minyak masak dan goreng cucur seperti biasa hingga garing kekuningan.
4. Angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati.
Menu sihat yang berasaskan tauhu yang diisi dengan isi ayam. Inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
TAUHU KUKUS BERINTI
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam kisar
6 keping tauhu kering
1 biji cili merah | | dicincang
1 pokok daun bawang | dihiris
1 paket tauhu telur
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam, taufu telur, cili merah, daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan lada sulah, garam dan serbuk pati ayam. Gaul sekali lagi.
3. Potong tauhu menjadi dua bahagian dan sumbat inti tadi hingga padat.
4. Susun tauhu di dalam kukusan dan kukus hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira