
Sedap makan sekaya telur petang-petang hari kan? Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR

Bahan-bahan
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.
Resipi oleh Imah Rahman dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara-Cara Buat Popia Sedap Guna Lebihan Roti Sandwic.

Idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ni.
POPIA ROTI

BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ayam/daging – cincang
- 1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
- 2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
- 1 biji cili merah – hiris
- Daun sup dan daun bawang – hiris
- Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
- Roti sandwic / bun sosej
- 2-3 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan mayones
- Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak.
3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak.
4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati.
5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.

6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.

7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.

8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.
Kredit resipi & foto: Nor Izan Mustapa
5 Kuih Muih & Kudapan Dari Ubi Keledek , Gerenti Sedap

Pelbagai hidangan menarik boleh dihasilkan dengan menggunakan keledek. Sesiapa yang mempunyai keledek di rumah tapi tidak ada idea untuk buat hidangan, boleh lah cuba resipi-resipi ni
1. BEBOLA UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN
- 2 cawan ubi keledek-rebus & mashed
- 1 biji telur
- 1/2 sudu baking powder
- tepung secukupnya
- minyak untuk menggoreng
- sedikit garam
- 3 tsb gula
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
- Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
- Sedap dimakan panas.
Kredit resipi & foto: Qasey Honey
2. KUIH GERODAK UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN
- 600 gm keledek (resipi ni guna keledek isi oren & lebihkan sikit kuantitinya sebab nak kurangkan manis)
- 7 biji telur (gred A)
- 5 keping nisse saiz kecil (gula kerek) (resipi ni guna 4 keping je sebab taknak manis sangat)
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan ~ disimpul
- 10 kuntum bunga cengkih
- 1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
- Keledek dikupas kulitnya & cuci bersih. Potong/mayang memanjang.
- Masak gula nisse/gula kerek bersama-sama dengan air, daun pandan & cengkih sehingga larut & pekat. Keluarkan daun pandan dan mengkuang yang balut nisse. Tapis air gula tadi.
- Pecahkan telur, kacau-kacau sedikit. Tuangkan air gula nisse ke dalam telur, masukkan garam & kacau rata.
- Masukkan bancuhan telur dalam periuk yang sesuai (kalau ada periuk yang tebal lebih baik kerana tidak cepat hangus). Campurkan hirisan keledek tadi & ratakan sedikit. Masak dengan api paling perlahan dengan periuk tertutup. (Jika guna pemanggang ajaib jadi ia nampak nipis & cepat empuk) Bila keledek empuk & bancuhan telur membeku bolehlah dipadamkan api. Sesuai dihidangkan ketika masih panas atau sejuk dimasukkan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: MaDiHaA aka Ratna
3. BERGEDIL KELEDEK

BAHAN-BAHAN
- 6-7 ketul keledek (kentang pon boleh)
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit isi ayam/daging
- Hirisan daun sup/bawang
- Sedikit bawang goreng
- Kobis-hiris
- Cili merah-potong bulat
- Secubit garam
- Lobak merah-potong dadu
- 2 biji telur-pecahkan
CARA PENYEDIAAN
- Rebus keledek hingga empuk. Kemudian toskan.
- Kemudian lenyek/tumbuk hingga lumat.
- Campurkan dengan tepung gandum dan semua bahan-bahan di atas.
- Gaul sebati adunan itu.
- Bila dah sebati, bulat-bulatkan sebesar bola pingpong . Leperkan sedikit.
- Bila dah siap, golekkan dalam telur yang dipecahkan tadi.
- Sedia untuk digoreng. Goreng hingga garing/masak.
- Siap!
INFO: Lebihkan ayam, daging tu atau udang untuk lebih sedap
Kredit resipi & foto: Ryna Hakimi
4. KUIH TALAM UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN (LAPISAN BAWAH)
- 300 gm keledek merah – rebus dan lecek
- 75 gm tepung beras
- 75 gm tepung ubi
- 150 gm santan kotak
- 150 gm air
- 250 gm gula pasir – (guna 200 gm)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil esen vanila (jika suka)
- Sedikit pewarna kuning
BAHAN-BAHAN (LAPISAN ATAS)
- 100 gm tepung ubi
- 200 gm santan pekat
- 200 gm air
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN (LAPISAN BAWAH)
- Kisar semua bahan dan masukkan dalam periuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.
- Sapu minyak pada loyang. Tuangkan ke dalam loyang. Boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.
CARA PENYEDIAAN (LAPISAN ATAS)
- Kisar semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi.
- Kukus semula selama 10 minit.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan dan dipotong.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
5. PAI CRUMBLE KELEDEK

BAHAN-BAHAN (PASTRI PAI)
- 200 gm tepung gandum
- Secubit garam halus
- 100 gm mentega/margerin
- 2-3 sudu besar air ais
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
- Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama garam ke dalam mangkuk.
- Masukkan mentega. Gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan telur. Tambahkan air ais sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh lembut.
- Isikan ke dalam plastik atau balut dengan ‘cling wrap’. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
Sementara tu sediakan lapisan kastard dan inti pai.
BAHAN-BAHAN (KASTARD)
- 1/2 tin susu cair
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
- Satukan semua bahan di dalam periuk. Gaul dengan whisk hingga sebati.
- Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api perlahan. Masak kastard sambil dikacau sehingga kastard pekat. Ketepikan.
CARA MEMASAK PASTRI
- Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canai pastri pada ketebalan bersesuaian dan letakkan di dalam tin pai bersaiz 7 inci. Biar berlebihan di tepi acuan kerana pastri akan sedikit mengecut apabila masak.
- Panaskan oven pada suhu 180 C. Masukkan tin pastri di tengah oven dan bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
BAHAN-BAHAN INTI PAI
- 150 gm keledek putih/merah- dipotong kiub dan direbus empuk
- 50 gm gula perang
- 1 biji telur
- 20 gm mentega
- 60 ml susu segar
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/4 sudu teh garam
BAHAN CRUMBLE
- 50 gm gula perang
- 20 gm tepung kek/ tepung berserbuk penaik
- 15 gm mentega
- 3 sudu besar kacang tanah yang telah disangrai dan dikisar
- 1/2 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Lecek keledek hingga halus. Campurkan dengan gula, mentega, esen, telur dan garam. Gaul sebati.
- Keluarkan pastri yang telah dibakar tadi dan ratakan kastard di atasnya.
- Ratakan pula campuran keledek di atas lapisan kastard. Akhir sekali satukan semua bahan crumble dan gaul sebati. Taburkan di atas lapisan keledek.
- Masukkan pai ke dalam bahagian tengah oven dan bakar pada suhu 160 C selama 30-40 minit lagi. Sejukkan sebelum dihidang.
Kredit resipi & foto: Raihan Shaari
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER YANG TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI. BANYAK PILIHAN MENARIK MENANTI.
Selamat mencuba!
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!
Resipi Dodol Kukus Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Sedapnya Dodol Kukus. Sajian kuih tradisional warisan orang Pahang ini memang sangat istimewa. Rasanya yang lemak, manis dan kenyal ditambah pula dengan taburan tahi minyak menjadikan kuih ini punya rasa tersendiri dan enak sekali.
Namun ramai dikalangan anak juda yang kurang mahir menyediakan kuih ini. Sayang kalau dilupakan. Ada yang nak cuba? Saudari Saadiah Ahmad ada kongsikan resipinya. Tak sukar pun, Hanya perlu kukus sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT KUIH DODOL KUKUS PALING MUDAH & SEDAP

BAHAN A (TAHI MINYAK):
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
BAHAN B:
Daun pisang secukupnya – dilayur
BAHAN C:
1 cawan gula merah (beli online disini)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
BAHAN D
2 cawan tepung pulut (beli online disini)
1 sudu makan tepung ubi (beli online disini)
1 1/2 cawan santan
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat tahi minyak, satukan bahan-bahan A dan masak menggunakan api sederhana selama lebih kurang setengah jam hingga pecah minyak.


2. Satukan semua bahan C dan masak hingga semua bahan larut. Sejukkan.
3. Dalam bekas berlainan, masukkan semua bahan D dan gaulkan sampai sebati.
4. Bila sudah rata dan sebati, masukkan bahan C yang telah suam. Kacau lagi sampai rata dan sebati. Kemudian tapis.

5. Untuk menghasilkan Dodol Kukus, panaskan periuk kukusan.
6. Ambil minyak dari tahi minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang yang telah dilayur.

7. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang.

8. Kukus Dodol Kukus hingga masak antara 15 – 20 minit.

9. Bila sudah masak, taburkan tahi minyak di atas Dodol Kukus.

Tip: Untuk tahu Dodol Kukus sudah masak, permukaannya cantik licin serta tidak melekat di jari. Warnanya kehitaman mengikut warna gula.
Kredit resipi & foto: Saadiah Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap. Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga.
Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Rangup Tanpa Guna Air Kapur
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

