Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya yang dikongsi dari blog lobaksusue.blogspot.my ini.
SERBUK PATI IKAN BILIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang
CARA-CARA:
- Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.
2. Toskan air dan sejatkan.
3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.
5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.
Kredit resipi & foto: http://lobaksusue.blogspot.my/2015/10/resepi-untuk-bayi-homemade-serbuk-ikan.html
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Lauk Ringkas dan Mudah. Resipi Ikan Bilis Masak Kicap Cili Padi Makan Dengan Bubur Nasi Siap!
RESIPI IKAN BILIS MASAK KICAP CILI PADI
Bahan-bahannya:
- 2 genggam ikan bilis.
- 1 batang cili merah di hiris
- 10 batang cili padi di hiris dan di ketuk.
- 1 biji bawang holand di hiris.
- 1 sudu kicap manis
- 1 sudu cili kering yang telah di blend (nie optional.. mori saje je letak untuk rasa pedas… tapi x pedas pon)
- Secubit garam untuk perasa.
Cara-caranya:
- Ikan bilis di goreng garing dan di ketepikan.
- Keluarkan baki minyak dan tinggal kan sedikit saje.
- Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi.
- Masukkan cili blend dan tumis sehingga wangi.
- Masukkan cili merah dan cili api yang telah di hiris tadi.
- Masukkan kicap manis dan gaul rata.
- Taburkan garam sebagai perasa.
- Tutup kan api. Masukkan ikan bilis tadi dan gaul rata.
- Sedia untuk di hidang.
Kongsi resipi: Mori’s Kitchen.
Ikan Bawal Bakar Sambal Petai. Fuhhhā¦Sedap Tak Terkata!
Lauk panas-panas seperti ikan bakar ni memang sedap. Siap je bakar, hidang terus. Ada pula ulam-ulaman dan sambal belacan, wahhhhh..bertambah nasi di pinggan. Terasa nak makan ikan bakar waktu ‘lunch nanti? Bolehlah cuba resipi ni.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
- 1 helai daun kunyit
- 2 keping aluminium foil
- Garam dan gula secukupnya
- 1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
- 10 biji cili kering
- 5 biji cili merah
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 2 biji buah keras
- Sedikit kunyit hidup
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
- Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
- Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
- Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
- Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
- Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
INFO CHEF: Selain ikan bawal anda boleh gunakan ikan talapia atau siakap.
Sedapnya…Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Boleh Masak Sempena Hari Merdeka
Selamat Hari Merdeka Malaysia! Moga negara kita ini sentiasa aman, makmur dan lebih maju. Oh… Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena cuti hari merdeka ini? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Jom cuba!
KOLEKSI MENU MAKAN TENGAH HARI YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA HARI MERDEKA
1. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – rebus empuk
- 1kg beras basmathi – cuci & tos
- 1.5kg air
- 1/2 tin susu cair
- 2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 kiub pati daging
- 1 helai daun pandan
- 2 biji tomato – belah empat
- Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 30gm belacan
- Sedikit ikan bilis
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- 2 biji tomato
- 2 biji bawang besar
- 2 sudu makan kerisik
- 1 cawan air rebusan daging
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL – bersihkan
- 1 cekak daun selom – celur seketika
- 700ml santan
- 1 keping asam gelugur
- 3 batang serai – titik
- 1 helai daun kunyit – hiris
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan.
3. SATE DAGING GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – hiris kecil & nipis
- 200gm kacang tanah – sangai & kisar
- 1/2 cawan gula
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 20 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 4 batang serai
- 2cm lengkuas
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
- 200ml santan
- ½ cawan air asam
- 3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
- 1 sudu makan serbuk cili
- 3 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 ½ sudu makan rempah penumis
- 2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
- 1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
- 3 biji bendi – potong dua
- 1 biji cili merah – belah dua
- 1 biji cili hijau – belah dua
- 1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
- 100ml santan kotak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 3 tangkai cili kering
- 2 batang serai
- 2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
- 2 keping tauhu
- 1 biji telur
- 3 sudu makan daging kisar
- 1 biji bawang besar – dadu halus
- 3 biji bawang merah – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 3 biji cili merah – cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahan sumbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak sempena Hari Merdeka di laman web RASA:
Pedas & Sedap. Sotong Phat Phet Thai Ni Memang Rugi Kalau Tak ‘Try’
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap yang anda boleh cuba sempena cuti Hari Merdeka di Youtube @Majalah Rasa Official