Biasanya popia yang berisi serunding ikan lebih enak dimakan. Rasa lemak ikan memang terasa. Hari ni jom kita belajar cara membuat serunding ikan sardine untuk dibuat inti popia gulong nanti. Caranya mudah saja.
Serunding ikan sardin
Bahan-bahan:
1 kilo ikan sardin
3 ulas bawang besar*
5 ulas bawang putih*
4 sudu cili kering kisar
4 batang serai*
Pati Santan RM4
Sedikit garam
1 kiub pati ayam
Sedikit ajinomoto
Sedikit gula merah
Cara memasak:
1.Rebus ikan bersama 4 keping asam keping.
2.Perisi ikan buang tulang,gaul-gaul hingga hancur
3.Kisar yang bertanda sampai hancur. Masukkan semua sekali dalam kuali.
4.Masukkan perasa,kacau hingga agak-agak kering.Ambil masa dalam dua jam nak tunggu siap.
Kredit: Liena Hassan