Sedapnya Tauhu Telur atau Tauhu Jepun ni. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap. Di Malaysia, Tauhu ini mudah diperolehi di pasaraya namun jika tinggal di luar negara atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Ida Alina Salleh ni boleh dicuba. Sangat mudah, Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU TELUR HOMEMADE
BAHAN UNTUK TAUHU TELUR:
6 biji telur saiz besar
500ml susu soya panas ( resipi soya homemade ada disertakan bawah)
5gm tepung jagung
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul. Pada masa yang sama, masukkan garam dan tepung jagung ke dalam bekas soya panas. Kacau rata.
2. Tuangkan soya tadi ke dalam bekas telur. Pukul perlahan hingga sebati.
Ads
3. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Kukus selama 20 minit menggunakan aoi perlahan. Pastikan alas tutup kukus dengan kain supaya tidak menitis.
4. Bila sudah sejuk, keluarkan tauhu dari acuan dan potong ikut saiz yang sesuai untuk masakan anda.
5. Rupa tauhu yang sudah siap untuk digunakan.
Ads
BAHAN UNTUK BUAT AIR SOYA:
250gm kacang soya
1.8 liter air
CARA-CARA:
1. Rendam kacang soya semalaman. Kemudian kisar dengan air hingga betul-betul halus. Tuang kisaran soya ke dalam kain kasa.
Ads
2. Ambik air soya yang ditapis tadi dan masak atas api hingga merenih lembut selama beberapa minit. Jangan sampai mendidih.
3. Gunakan tapis untuk membuang buih-buih yang terbentuk di permukaan soya. Ambil 500ml susu soya ini untuk menghasilkan Tauhu Telur.
4. Lebihan susu soya boleh direbus bersama daun pandan dan gula. Ia enak diminum pada bila-bila masa.
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je.
Menurut empunya resipi, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Kalau masak lauk ni, memang nasi kena masak lebih. Walaupun sekadar bilis dan telur, percayalah hidangan ini memang ‘killer’. Sekali cuba, dua pinggan nasi pun habis.
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (kisar)
1 sudu makan cili kisar
Bilis (guna yang halus lagi sedap)
3 biji telur
1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
Minyak
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Sedikit belacan
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garamsecukup rasa.
Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!
Sup Telur Chinese Style tambah dengan crab stick lagi sedap. Buat menu macam ni tak perlu makan dengan nasi, ratah macam tu pun pasti tak cukup semangkuk.
Sesuai juga jadi hidangan buat yang rasa tak sedap badan. Yang penting skill pecahkan telur supaya tidak bergumpal.
Memang sedap dan menyelerakan, rugi kalau tak cuba.
Sup Telur Chinese Style
Bahan-bahan:
Bawang putih (cincang halus)
Halia (cincang halus)
Kiub pati ayam (tiada MSG)
Filamen ketam (dihiris nipis)
Telur ayam (dibancuh)
Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!