Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi saudara Are-Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA HASILKAN TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
Ads
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Daging salai memang sedap kalau buat Masak Lemak Cili Api. Terasa bau asap dalam kuah, lagi terangkat! Jika tiba-tiba teringin nak makan lauk daging salai tapi susah nak jumpa orang yang jual, cara dibawah ni anda boleh cuba. Kaedah ini sesuai dipraktikkan oleh anda yang tinggal di rumah-rumah tinggi macam kondominium dan apartmen. Maklumlah, kawasan tanah tak ada. Macam mana nak nyalakan arang. Betul tak? Jadi ini ada cara yang boleh dicuba.
RESIPI DAGING SALAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Daging – sebaiknya daging batang pinang
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Daun pisang
CARA MEMASAK: 1. Potong daging kepada kepingan yang bersesuaian. Rebus seketika dan jangan terlalu lama. Takut manis daging hilang. Anda perlu rebus jika guna daging bukan batang pinang. Jika guna daging batang pinang, tak perlu rebus. 2. Toskan dan gaul daging tadi dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. 3. Ambil pemanggang dan alaskan dengan daun pisang di dasarnya. Susun daging yang telah dilumur kunyit garam tadi. 4. Terbalikkan daging supaya masak sekata. 5. Setelah air daging berhenti menitis, alihkan lapik pemanggang tadi dan bakar daging menggunakan api. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa dan bau hangus pada daging. 6. Angkat dan hiris nipis. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda. Paling best, Masak lemak Cili Api lah!Selamat mencuba!
Antara kuih tradisi yang klasik, Kuih Qasidah. Kuih dulu yang mak kita suka buat terutamanya masa bulan puasa. Ada 2 versi kuih Qasidah, satu versi sebelah utara dan satu lagi sebelah pantai timur. Kali ni kita cuba resipi Kuih Qasidah Utara, selamat mencuba!
Siapa yang sangat menyukai rojak mamak mesti gembira bila dapat resipi ni. Selalu buat mest rasa kurangkan, apa kata kamu cuba resipi original yang mummy Nurrisya kongsikan kuah rojak mamak asli. Caranya mudah sahaja jom cuba!
RESIPI KUAH ROJAK MAMAK ASLI
BAHAN-BAHAN:
Biskut Marie | direndam seketika dengan air kemudian kisar hancur
Kacang tanah goreng | di tumbuk
Bijan | di sangan tanpa minyak
Serbuk cili kering | dibancuh dengan air
*jangan guna cili kering yang di kisar nanti lain rasanya
Asam jawa secukup rasa
Gula dan garam
*Jangan sesekali letak serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Rebus semua bahan dalam periuk dengan api perlahan dan perasakan. Siap.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.