Cara Mudah Cambahkan Tauge Dalam Masa 4 Hari Tanpa Guna Tanah.

Share

Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Puan Zhaaza Asheema

 ni. 1 senduk je kacang, tapi dapat banyak tauge. Best!

 

CARA HASILKAN TAUGE SEGAR HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 senduk penuh kacang hijau
  • 1 bekas kotak air bersaiz besar

 

CARA-CARA:

1. Bersihkan kacang hijau dan toskan airnya.

2. Ambil kotak dan pada bahagian bawahnya, potong sedikit bahagian bucu. Ini bertujuan untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.

3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak dengan perlahan-lahan sehingga habis.

4. Siram kacang hijau tadi dengan air.

5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air habis keluar dan tidak bertakung di dalam kotak.

6. Letakkan kotak dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah lebihan air yang mengalir keluar.

7. Keadaan tauge pada hari ke 4-5. Hasilnya sudah boleh dituai dan dinikmati.

 

Nota:

  1. Sepanjang proses ini, air perlu disiram ke dalam kotak sebanyak 5 kali sehari. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
  2. Setiap kali selepas disiram, pastikan air tidak bertakung di dalam kotak. Ini kerana ia akan menjejaskan rupa tauge dan berbau kurang enak.

 

Kredit cara & foto: Puan Zhaaza Asheema

Published by
Nur