Di negeri pantai timur hidangan nasi minyak ini tak perlu tunggu majlis kahwin. Ia jadi hidangan harian yang kebiasaannya dinikmati waktu pagi.
Ini kerana hidangan nasi minyak dibuat dengan cara yang mudah. Tak perlu guna beras basmathi pun. Jika terasa nak makan nasi minyak cara mudah dan sedap ini boleh ikut resipi perkongsian Mizah Ngatiman.
6 cawan beras
Rempah 3 beradik
Daun pandan – simpul
3sb Marjerin
1 cawan susu cair
1sb Sunquick
1. Panaskan marjerin.
2. Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan.
3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci.
5. Masukkan Sunquick. Gaul rata. Air secukupnya ikut sukatan beras. Masak seperti biasa
Tulang ayam
Santan pekat secukupnya
1sb serbuk kari daging
1sb serbuk kari ikan
jadikan pes
Bahan tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada merah besar potong tengah
Daun kari
4sb kacang dhal -rebus empuk dahulu
1. Tumis daun kari
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
3. Tumis pes kari hingga pecah minyak.
4. Masukkan, tulang ayam, lada besar, asam keping. Biarkan hingga ayam empuk.
5.Masukkan dhal yang dah empuk.
6.Masukkan sayur kacang panjang dan terung, lobak merah dan kentang.
7. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk. Siap
Separuh ayam – cuci dan tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap
Bahan kisar:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai diketuk
Sedikit Nise/ gula Melaka
1. Tumis lada dan serai hingga pecah minyak.
2. Masukkan niise, 2 sudu besar sos cili, 1 sb sos tiram. Gula dan garam secukup rasa.
3. Gaulkan ayam goreng tadi. Siap.
Bahan bahan
Nenas dan timun – potong
Bawang dan cili merah besar dimayang
1sb sanquick
1sk gula pasir
Campur semua bahan, gaul rata. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Mizah Ngatiman