
Ikan keli atau Sembilang Darat memang sedap. Ikan yang segar memang terasa manis dan lembut isinya. Namun satu masalah bila masak ikan ini adalah baunya yang hanyir. Jika anda sudah mahir dan tahu untuk buang bau tidak enak ini, pasti tiada masalah. Bagi yang belum tahu, berikut adalah cara-cara buang hanyir ikan ini yang boleh dicuba.
https://www.facebook.com/rin.arina.77/videos/1482524538529860/
Kredit petua & video: Rin Arina
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Beras Lama, Ada Bubuk Jangan Buang! Beras Ini Kurang Kanji & Paling Sedap Dimakan

Melihat kutu atau bubuk penuh dalam beras yang sudah lama tak digunakan kebanyakan kita mungkin akan membuangnya ataupun memberi makan pada haiwan.
Tapi sebenarnya beras lama atau usang yang ada kehadiran bubuk ini yang paling sedap bila dimasak kerana kanjinya kurang dan kurang melekit.
Perkara ini dikongsi oleh Ezreen Muhaizie Marzukhi yang juga pemilik dan pengasas produk baja selain pengarah kilang beras yang beroperasi di Perlis.

Berikut adalah info menarik dikongsi beliau tentang beras lama yang ramai tidak tahu.
1. Beras yang ada kehadiran bubuk (kumbang beras) menandakan beras mula menjadi usang.
2. Beras usang (ageing rice) adalah beras yang paling sedap, kerana kanjinya kurang.
3. Nasi yang ditanak akan kurang melekit, sedap dimakan berkuah dan lebih sihat.
4. Biasanya usia beras usang terbaik adalah dua ke tiga bulan selepas dikisar.
5. Namun jika beras disimpan lebih daripada 6 bulan, bilangan bubuk akan semakin banyak dan beras menjadi lebih rapuh, mudah hancur dan bertepung (kerana isinya banyak dimakan bubuk).
6. Bau usangnya juga lebih kuat dan jika diproses semula pun, beras tersebut akan berkurangan beratnya kerana ada yang hancur menjadi tepung dan disedut ke bahagian dedak.
7. Bau beras usang berbeza dengan beras masam yang rosak disebabkan terkena air.
8. Beras usang yang berbubuk ni bagus, kerana ia menandakan beras tersebut adalah beras tempatan.
9. Bubuk tidak aktif atau mati dalam beras import, kerana sudah dibuat proses fumigasi di pelabuhan ketika tiba dari negara pengeksport.
10. Dua jenis bahan kimia yang dibuat untuk semburan fumigasi pada beras import adalah menggunakan methyl bromide atau phosphine.
11. Jadi saranan saya kalau anda makan beras import, basuhlah beras tersebut at least 3 kali sebelum masak nasi.
12. Kalau anda ‘terpaksa’ beli beras import, tapi tak sampai sebulan isinya ada bubuk,
ada kebarangkalian dalam kampit beras import tu dicampur dengan beras tempatan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ezreen Muhaizie Marzukhi
Tip Buat Kerisik Supaya Tahan Lama, Waktu Kisar Masuk Bahan Ini

Masuk bulan Syawal nanti kerisik ini antara yang kita guna dalam masakan. Elok juga kalau buat siap-siap untuk mudahkan kerja memasak rendang.
Kerisik ini memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.
Supaya puas hati dan kerisik pun elok serta tahan lama boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh.
1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.
2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.

3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.
4. Kisar kelapa parut sehingga halus. Siap

5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.

Semoga bermanfaat
Sumber: Yayar B. Awang Noh
7 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Bila masuk musim durian, masing-masing sibuk mencari dan membeli durian. Ada yang sanggup balik ke kampung untuk mendapatkan durian dan ada yang beli terus di tepi jalan, dan pastinya kita membawa durian masuk ke dalam kereta untuk dibawa pulang. Raja segala buah ini memang sedap tetapi bau yang ditinggalkan boleh memeningkan kepala. Cuba bayangkan kalau kita simpan durian di dalam bonet kereta, mungkin berhari-hari baunya nak hilang. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan bau durian yang ‘menusuk’ dalam kereta.
1. MENGGUNAKAN TANGKAI DURIAN

Petua ni merupakan perkongsian oleh Puan Ikha Febrian di laman Facebook yang diperolehi daripada penjual durian sendiri dimana ia juga telah mendapat perhatian orang ramai atau viral sejak kebelakangan ini. Caranya, patahkan tangkai durian, kemudian belah hujungnya,dan letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar.
2. KOPI

Aroma kopi juga mampu menyerap serta menyingkirkan bau durian dari kereta anda. Caranya ialah dengan mengambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Kemudian tinggalkan semalaman dalam kereta. Malah, serbuk kopi di dalam uncang juga boleh digunakan untuk lebih mudah.
3.CUKA

Letakkan semangkuk cuka (sebarang jenama) di dalam bonet kereta dan tutup untuk beberapa jam. Sifat asid yang ada pada cuka boleh menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta anda.
4.ROTI

Petua yang seterusnya ialah dengan menggunakan roti. Caranya dengan meletakkan beberapa keping roti di dalam kereta dan biarkan semalaman sehingga ia mengeras. In Sha Allah, bau durian yang kuat di dalam kereta anda akan hilang.
5. ARANG

Selain itu, bau durian serta bau kepam kereta juga boleh diserap oleh arang. Caranya dengan meletakkan beberapa ketul arang di dalam kereta dan membiarkannya selama mungkin beberapa hari. Pasti bau-bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta hilang. Cubalah!
6. DAUN PANDAN

Aroma daun pandan mampu menghilangkan bau durian di dalam kereta. Anda cuma perlu meletakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta dan pasti bau itu akan hilang sedikit demi sedikit. Mudah kan?
7. SERBUK PENAIK/BAKING SODA

Akhir sekali, anda boleh menggunakan serbuk penaik (baking soda) untuk menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta dengan hanya meletakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) dan bau tersebut akan hilang.
Semuanya mudah kan? Lepas ini tak perlu lah risau bau durian dalam kereta. Sebenarnya petua-petua ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di rumah dan di mana-mana sahaja. Selamat mencuba!

