Nak tajamkan mata blendertumpul? Ini caranya. Maklumlah, pengisar atau ‘blender’ ni banyak jasanya. Dalam sehari, banyak kali kita duk pakai dia buat mesin bahan masak kan? Bila asyik pakai, pastinya lama kelamaan mata blender ni akan jadi tumpul. Itu yang jadinya dekat lima minit kisar bawang , kisar cili tak halus-halus tu. Kalau jadi macam ni, puan-puan kena bawak bersabar ya. Jangan anda buang pula. Masih boleh guna lagi blender tu. Ni cara mudah nak tajamkan mata pisau blender dengan cepat dan berkesan. Selamat mencuba!
PETUA TAJAMKAN MATA BLENDER DENGAN MUDAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 mangkuk garam kasar( pastikan garam kering dan tidak berair)
CARA-CARA:
Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
Keluarkan garam dan bersihkan blender.
Hasilnya mata blender akan jadi lebih tajam dari biasa.
Ads
Info: Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran. Pun begitu, ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ranggup, kadang lemau atau kurang sedap. Apa kata untuk rasa yang sedap, ranggup anda cuba buat sendiri berpandukan tip cara membuat Kacang Salut Tepung RASA kongsikan ini:-
Guna Kacang Tanah Yang Telah Dikupas:
Pilihan terbaik adalah kacang tanah yang telah dikupas kulit arinya. Selain memudahkan kerja, ia lebih sedap. Jika sukar cari kacang tanah yang telah dibuang kulit ari, beli sahaja kacang biasa kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian kupas kulit ari hingga bersih.
Goreng Sangai ¾ Masak:
Goreng sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah supaya teksturnya lebih rangup dan bangkit aromanya. Semasa menggoreng sangai, anda perlu sentiasa mengacaunya supaya tidak hangus. Goreng ¾ masak sahaja kemudian sejukkannya.
Campurkan Kacang Tanah Dengan Telur Serta Ramuan Lain
Gaulkan kacang tanah yang telah digoreng sangai dengan campuran telur dan ramuan (bawang putih yang telah dikisar halus, sedikit gula halus dan garam). Pastikan semua kacang disaluti dengan campuran telur tadi.
Salut Kacang Tanah Dengan Tepung Gandum dan Tepung Ubi Kayu.
Keenakan Kacang Tanah Salut Tepung bergantung pada kerangupan lapisan tepung yang menyaluti kacang tanah. Untuk mendapatkan kerangupan itu anda perlu campurkan tepung gandum dengan tepung Ubi Kayu dengan nisbah 4:1. Pastikan salutan juga salutan itu nipis untuk memastikan kerangupannya. Caranya masukkan kacang tanah yang digaul rata dengan bahan perencah sedikit demi sedikit ke dalam aduanan tepung gaul dengan tangan supaya salutan tepung merata dengan elok Kemudian ambil kacang menggnakan penapis jarang dan ketuk-ketuk penapis untuk membuang lebihan tepung.
Goreng Dengan Api Sederhana kecil:
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana kecil. Pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya kacang terendam sepenuhnya dalam minyak. Goreng hingga kulit luar kacang menjadi coklat muda. Segera angkat dan toskan, setelah sejuk kacang sedia disimpan dalam bekas kedap udara.
KACANG TANAH SALUT TEPUNG : BAHAN-BAHAN:
600gm kacang tanah| sangai, biarkan dingin dulu
2 biji telur
4 sudu makan margarin, dicairkan
150gm gula halus
6 ulas bawang putih | kisar halus
1/2 sudu teh garam
500 gram tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Campurkan telur, margarin, bawang putih, gula halus dan garam lalu kacau sampai rata.
Tuangkan 2 sudu makan adunan telur ke dalam kacang, aduk hingga rata.
Gaulkan ke dalam bekas yang berisi tepung, gunakan tapak tangan agar tidak bergumpal.
Gunakan penapis sambil diayak supaya tepung rata.
Lakukan berulang kali dan berselang seli dengan telur dan tepung hingga 3-4 kali untuk menghasilkan ketebalan yang sempurna.
Goreng menggunakan minyak panas di atas api sederhana hingga warna kecoklatan.
Angkat lalu toskan, setelah sejuk simpanlah dalam bekas kedap udara.
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah. Anda hanya perlu taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan banyak lagi. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah, ia membantu buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel dan belimbing. Oleh itu, selepas potong buah-buah ini kemudian rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!