Kuih “abuk-abuk” antara kuih tradisional melayu lama dan legend yang semakin pupus jika tiada lagi peminat dan pencinta resipi kuih-kuih lama. Bahan yang digunakan sangatlah mudah dan memerlukan modal yang sedikit dan ditambahkan dengan sedikit kerajinan pasti bertambah enak. Selamat mencuba.
Mengapa di panggil dengan panggilan Kuih abuk-abuk, masih tiada jawapan sahih kenapa kuih ini dipanggil dengan nama sebegitu namun ada segelintir pendapat datang daripada orang tua-tua mengatakan ianya menggunakan campuran sagu dan kelapa parut yang menyebabkan apabila kita makan dan ianya akan berterabur seakan-akan menjadi habuk. Ada logiknya bila di fikirkan semula.
RESIPI KUIH ABUK-ABUK LEGEND
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan sagu biji
- 3 cawan air biasa
- Gula merah ½cawan
- 5 sudu makan gula putih
- ½biji kelapa parut
- Daun pisang secukupnya | (layurkan atas api)-lap bersih
- ½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Rendam sagu dengan air sampai meresap semua..
- Dalam 20minit, toskan biar tiada air meleleh ini supaya senang dibungkus dan tidak comot pada bungkusan.
- Campur sagu dengan kelapa, garam, gula merah, gula putih gaul rata.
- Daun pisang dibuat macam corong dan masukkan 1 sudu sagu, kemudian ratakan.
- Masukkan gula ½ sudu makan, jika suka manis boleh tambah gula lagi. Kemudian masukkan 1 sudu sagu lagi kedalam corong.
- Bungkus kemas. Siap di kukus selama 30 minit dengan api sederhana.
* Teksturnya lembut dan sagu kelihatan jernih. Jika sukakan sagu yang masih berbiji2 boleh kurangkan air 2 cawan.
Kredit resipi: MariaKhalisya Khalis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI