Cara Mudah Dan Sedap Buat Kuih Abuk-Abuk Legend, Tak Perlu Modal Banyak.

Share

Kuih “abuk-abuk” antara kuih tradisional melayu lama dan legend yang semakin pupus jika tiada lagi peminat dan pencinta resipi kuih-kuih lama. Bahan yang digunakan sangatlah mudah dan memerlukan modal yang sedikit dan ditambahkan dengan sedikit kerajinan pasti bertambah enak. Selamat mencuba.

Mengapa di panggil dengan panggilan Kuih abuk-abuk, masih tiada jawapan sahih kenapa kuih ini dipanggil dengan nama sebegitu namun ada segelintir pendapat datang daripada orang tua-tua mengatakan ianya menggunakan campuran sagu dan kelapa parut yang menyebabkan apabila kita makan dan ianya akan berterabur seakan-akan menjadi habuk. Ada logiknya bila di fikirkan semula.

 

RESIPI KUIH ABUK-ABUK LEGEND

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan sagu biji
  • 3 cawan air biasa
  • Gula merah ½cawan
  • 5 sudu makan gula putih
  • ½biji kelapa parut
  • Daun pisang secukupnya | (layurkan atas api)-lap bersih
  • ½ sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  • Rendam sagu dengan air sampai meresap semua..
  • Dalam 20minit, toskan biar tiada air meleleh ini supaya senang dibungkus dan tidak comot pada bungkusan.

  • Campur sagu dengan kelapa, garam, gula merah, gula putih gaul rata.

  • Daun pisang dibuat macam corong dan masukkan 1 sudu sagu, kemudian ratakan.

  • Masukkan gula ½ sudu makan, jika suka manis boleh tambah gula lagi. Kemudian masukkan 1 sudu sagu lagi kedalam corong.

  • Bungkus kemas. Siap di kukus selama 30 minit dengan api sederhana.

* Teksturnya lembut dan sagu kelihatan jernih. Jika sukakan sagu yang masih berbiji2 boleh kurangkan air 2 cawan.

 

Kredit resipi: MariaKhalisya Khalis

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim