Rasa kongsikan resipi dari Jemah Jematul Adawiyah buat Cream Puff 3G Gebu, Gemok dan Gendut. Caranya sangat senang dan mudah, yang puan-puan boleh cuba.
Cara buat kuih cara manis ini memang enak sekali hasilnya. Sedap manis berlemak di bahagian dalam, di luar pula sedikit garing. Kuih cara beginilah yang dicari-cari.
Lagi satu, resipi kuih cara ini dikongsi oleh Fateema Azzahra ini juga air gulanya tak meleleh bila dimakan. Menurutnya lagi kuih ini juga boleh dijadikan bahan jualan bagi suri rumah kerana mudah disediakan serta tak memerlukan modal yang banyak.
Cara buat kuih cara manis yang sedap
Bahan-bahan
1 cawan air pandan
2 cawan tepung
2 biji telur
Secubit garam
2 cawan santan (untuk santan kotak campur 1/2 kotak dengan 2 cawan air)
Pewarna (jika suka)
Gula -untuk letak di tengah kuih
Cara memasak
1) Satukan semua bahan di atas kecuali gula dalam pengisar.
2. Masukkan air dulu kemudian masukkan bahan lain supaya mudah dikisar.
3. Kisar hingga semua bahan sebati, kemudian tapis untuk dapat bancuhan yang halus dan lembut.
3) Panaskan acuan kuih cara atas dapur kemudian tuang bancuhan. Letak satu sudu kecil gula pada setiap biji kuih cara.
4) Tutup permukaan acuan dengan penutup periuk, masak hingga garing. Alihkan menggunakan sudu besi.
TIP
Titik sedikit minyak dalam bancuhan untuk menghasilkan permukaan yang cantik dan berkilat.
Celup jari, pastikan bancuhan cair tak melekat pada jari. Bancuhan yang pekat dan melekat, akan menghasikan kuih cara jadi KERAS.
Hari tu Min berkunjung ke Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Hebat sungguh menu yang ditampilkan oleh Chef Nadzirah Abdul Razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau.
Dari kiri : Faribusz Anak Kandau, Wan Noraini Suhada Mohamad, Mohd Aizat Sha’rani dam Nadzirah Abdul Razak
Min dengan juru foto Nurul Akma ke sana merakamkan 6 menu antarabangsa untuk isu tahun baru Januari 2019. Kempat pensyarah ni masih muda tau. Masing-masing berusia dari 24 hingga 28 tahun belum pun cecah usia 30 tahun. Tapi resipi yang dikongsi ..fuhh sedap sungguh “Awesome “ lah bakat mereka.
Di tengah tu dari kiri tu Min dan jurufoto Nuru Akma ,hidu aromanya
Nah, min kongsikan 2 reseipi dari sajian Jerman dan England (Britain), nak resipi yang lain kena tunggu majalah RASA isu Januari ya. Semak betul-betul panjang sungguh senarai bahannya. Masyarakat di sana biasanya menjamu makanan ini semasa perayaan Krismas atau Majlis Hari Kesyukuran penganut Kristian, terutamanya sajian Beef Wellington tu .
ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS
Sedap dimakan dengan Au sos
BAHAN-BAHAN :
150gm daging batang pinang
50gm cendawan tiram
50gm cendawan butang
50gm cendawan portabelo
50ml minyak zaitun
3 gm daun thyme | dicincang halus
6 keping ayam salami
Garam secukup rasa
Bahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :
200gm tulang lembu
30gm puri tomato
30gm mentega
30gm tepung gandum
25gm lobak merah | dihiris
15gm saderi | dihiris
50gm bawang holland | dihiris
2gm daun rosemary | dicincang halus
5gm daun parsli | dicincang halus
2gm daun salam | dicincang halus
1 liter air
Bahan Puff pastry:
400gm tepung gandum
50gm mentega
220ml air sejuk
300gm pastri majerin
*atau puff pastry siap ada dijual pasar raya
CARA MEMASAK :
1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan
2..Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak.
3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.
4. Kemudian dalam satu dulang letakkan pula tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu.Tuang tomato puri diatas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.
5. Dalam satu mangkuk lain campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh. Uli dan canai rata doh puff pastri serta lipatkan menjadi segi empat. Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’.
6. Ulangi proses sehingga 10 kali lipatan. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat.
7. Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.
8.. Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang. Ketepikan untuk dihidangkan bersama beef wellington .
9. Ambil puff pastry canai rata dan kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama.
10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.
11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan gulung menutupi daging tadi.
12. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.Bakar sehingga 30 minit.Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan:1-2 0rang
Waktu memasak: 2 jam
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Puff pastry daging (sajian England)
Keistimewaan: Pasti dengan inti daging berjus dan ayam salami memang lazat dengan pastri yang lembut dan rapuh. Sedap dimakan bersama Au jus (sos dari rebusan tulang lembu)
Info Chef : Masakan istimewa disajikan pada perayaan hari kesyukuran dan Krismas oleh penganut Kristian.
GERMAN SPAETZLE SAUBIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
240gm tepung gandum
1biji telur
5gm serbuk lada hitam
5gm serbuk cili
5gm garam
5gm mentega
Bahan ditumis :
200gm kepingan ayam ham | dipotong halus
50gm daun parsli | dicincang halus
35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil
30gm bawang holland | dicincang halus
20gm bawang putih | dicincang halus
15ml minyak zaitun
3gm serbuk cili
2gm daun rosemary |dicincang halus
2gm thyme | dicincang halus
Garam secukup rasa
60ml susu segar
Keju parmesan secukupnya sebagai hiasan dan melazatkan rasa
CARA MEMASAK :
1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzle (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Anggaran kos: RM 20
Info Chef : Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my
Siapa yang tidak mengenali Ramona Zamzam antara pelakon yang meningkat naik menerusi drama terkini dan juga filem. Terbaru beliau baru sahaja beraksi dalam filem aksi jenayah KL Special Force arahan Syafiq Yusoff yang telah di tayangkan di pawagam pada Mac lalu. Artis wanita dan ibu muda yang cantik berdarah kacukan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand dan lahir di Bukit Mertajam ini baru sahaja melahirkan anak sulungnya yang bernama Ivanna Alashkar pada Disember 2017.
Siapa sangka ibu muda yang cantik ini pandai memasak dan baru-baru ini beliau ada berkongsi masakan western dalam halaman facebooknya. Peminat masakan western boleh cuba resipi Buttermilk Meatballs With Pasta Ramona Zamzam ni.
I’ve got a nice solution for yaaaa, simple & quick sumpah! The best part is kitchen pun tak belemoih from minyak yg kita selalu guna untuk goreng2 heheh.
Punya la senang I think any of you can try this! I shall call this : Buttermilk Meatballs with Pasta ❤️ By Ramona Zamzam ok! By Ramona 😜 Cuz I altered the ingredients by myself 😁
I could have taken more photos & videos, tapi susah la nak pegang phone time masak.. 😞 I try my best untuk explain se-details yg boleh, make sure you guys go through every photo & baca caption betul2 k..!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!