Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua perkongsian saudari Nur Hasanah Harun yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
Meninggalkan rumah dalam masa 6 bulan membuatkan beras di dapur diserang bubuk. Sayang jika dibuang. Nak jemur pun cuaca tidak mengizinkan. Jadi cara yang dikongsi ini lebih praktikal dan mudah.
HAPUSKAN KUTU / BUBUK BERAS GUNA OVEN
1.Panaskan oven sekejap. Masuk beras dalam tray dan masukkan ke oven lebih kurang 10 minit biar beras jadi betul-betul panas. Ia bertujuan supaya kutu/bubuk dan ulat-ulatnya mati.
2. Jika tiada oven, boleh goreng beras tanpa minyak di dalam kuali . Goreng sekejap sahaja, suhunya agak-agak panas. Jangan goreng sampai keperangan macam beras untuk buat pekasam pula.
3. AKeluarkan beras dari oven, biarkan sejuk kemudian ayak untuk mengasingkan kutu.
MACAM MANA NAK TAHU BERAS MASIH ELOK ATAU TIDAK?
Caranya mudah sahaja. Cuba basuh beras tersebut. Jika tiada berasa putih timbul banyak, itu bermakna beras masih elok. Kalau timbul banyak dan ringan, cuba patahkan beras tersebut. Dalamnya ada ulat bubuk.
Tak ada oven & tak rajin nak goreng beras? Anda juga boleh cuba petua ni.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU/BUBUK BERAS
1. JEMUR BERAS DI BAWAH PANAS MATAHARI
2. GUNA CILI KERING
3. LETAK BAWANG PUTIH
4. GUNA KERATAN BATANG & DAUN PUDINA
5. DAUN LIMAU PURUT
6. BUAT UNCANG KULIT KAYU MANIS
Selamat mencuba!
Kredit petua & foto: Nur Hasanah Harun
Dapatkan lebih banyak PETUA DAPUR di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video TIP & TRIK mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official