Cornflakes Madu ni antara biskut raya yang paling mudah nak buat. Boleh dikatakan, setiap rumah pasti ada biskut ni. Bukan sahaja budak-budak, malah orang dewasa pun suka makan biskut ni. Bahan yang digunakan pun sangat ringkas. Hanya guna empat bahan sahaja. Modal pun tak banyak. Bestkan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Hanna Yasmeen . Pasti puas hati.
RESEPI BISKUT CORNFLAKES MADU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, gula perang dan madu. Cairkan guna api sederhana. Bila sudah cair, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
2. Kemudian masukkan emping jagung. Gaul sebati hingga semua emping disaluti campuran madu.
3. Isikan emping jagung tadi ke dalam cawan kertas. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing.
4. Bakar biskut dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 10 minit. Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. Jadi kena pandai sesuaikan.
5. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.
Kredit resipi & foto: Hanna Yasmeen