
Fucuk soya ni memang banyak guna dan sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sayur goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi. Rupanya senang sangat nak hasilkan fucuk ni. Menerusi FB Lemang Biru, beliau berkongsi cara-cara membuat fucuk secara homemade hanya guna air soya. Mudah sangat. Malah kebersihan lebih terjamin dan lebih yakin untuk digunakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT FUCUK SOYA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Air soya segar – air soya kosong tanpa gula. Untuk lebih mudah, boleh beli air soya (tanpa gula)di pasar malam.
- Chopstick secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air soya ke dalam periuk. Panaskan guna api kecil sahaja. Jika guna api besar, air soya akan hangus.
2. Biarkan air soya di dalam periuk tadi memanas. Jangan kacau atau gaul. Biarkan sahaja.
3. Lama kelamaan, pada bahagian atas soya akan terbentuk lapisan berkedut-kedut. Biarkan sehingga lapisan tersebut bertukar dari putih ke warna kekuningan.
4. Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tepi supaya senang lapisan fucuk diangkat nanti. ( boleh rujuk video di bawah).
5. Ambil chopstick dan angkat fucuk tadi. Ulang proses yang sama sampai air soya habis.

6. Keringkan air pada fucuk dan boleh dijemur hingga betul-betul kering.

7. Boleh disimpan dan sedia untuk digunakan dalam masakan.

Kredit resipi, video & foto: Lemang Biru / Zaujah Abu Syuhadah (Mama Amal)
Tonton video buat Fucuk homemade:
https://www.facebook.com/lemang.biru/videos/pcb.601881236915880/601880550249282/?type=3&theater
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan Tongkol Masak Cuka Memikat Selera Ramai

Ikan tongkol masak cuka ini memang sedap dan mampu merangsang selera. Makan nasi panas-panas memang sedap.
Selalunya ikan tongkol dimasak gulai atau masak kicap. Apa kata kali ini kita masak cuka pula. Nak tahu resipinya? Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Sabariah Bahasar ini ye.
Ikan Tongkol Masak Cuka
Bahan-bahan:
3-4 kepingan ikan tongkol
1 ulas bawang Holland (potong bulat) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (hiris nipis) – boleh beli online di sini
Sedikit halia (hiris nipis) – boleh beli online di sini
1 cawan cuka – boleh beli online di sini
Sesudu teh biji sawi
Cili api – boleh beli online di sini
2 cawan air
Serbuk kunyit – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Serbuk perasa
Cili besar hijau (belah dua)
Air
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng. Ketepikan.

Tumis bawang dan halia hingga naik bau.Masukkan cuka dan biji sawi. Tumis lagi.
Tuang air, masukkan hirisan cili api dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biar mendidih sebelum masukkan ikan. Gaul perlahan.
Kemudian masukkan hirisan bawang Holland dan cili hijau besar. Biar seketika. Tutup api. Siap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Mudahnya Cara Buat Ikan Siakap Stim, Rasa Ala Makan Di Restoran
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Ikan Celup Tepung Sedap. Resipi Mudah, Boleh Makan Lepas Terawih
Ayam Goreng Kelapa Parut, Lagi Garing, Lagi Padu!

Ayam Goreng Kelapa Parut, siapa yang pernah rasa mesti tahu kenapa lauk ni selalu jadi rebutan di meja makan. Kriuk-kriuk yang garing memang padu!
Gabungan ayam yang diperap dengan rempah, disalut kelapa parut dan digoreng hingga rangup, menghasilkan rasa unik yang tak sama macam ayam goreng biasa.
Haruman kelapa goreng yang garing, ditambah pula dengan tekstur ayam yang lembut di dalam — cukup untuk buat sesiapa pun terliur.
Menu ni bukan saja sesuai dijadikan lauk harian, tapi juga cukup ‘wow’ kalau nak jamu tetamu. Jom kita tengok macam mana cara nak buat Ayam Goreng Kelapa Parut yang padu ni!
Ayam Goreng Kelapa Parut
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong 16
1 sudu besar garam
1 sudu besar kunyit
3 helai daun salam
7-8 helai daun limau
1/2 biji kelapa parut
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Daun pisang
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Goreng Belacan Daun Limau, Lagi Lama Perap Lagi Sedap!
Nasi Kurma Ayam Goreng? Serius Sedap Tak Boleh Berhenti Makan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
5 Menu Ala Carte Yang Ringkas & Sedap Untuk Makan Malam.

Nak makan malam yang ringkas, idea ini bagus korang cuba, terutama mak-mak yang sibuk tapi anak-anak yang asyik lapar cuti sekolah ni. Jadi apa kata masak je menu ala carte, satu menu, senang masak dan mengenyangkan. Gerenti anak-anak dan encik suami suka.

SPAGETI BALOGNES TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm spageti | rebus dan toskan
- 20 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 100gm daging kisar
- 1 biji buah tomato | dadu halus
- 150gm sos balognes segera
- 1 sudu besar pes cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk oregano
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Seterusnya masukkan pes cili dan terus kacau.
- Setelah pecah minyak masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
- Masukkan sos balognes, sos cili dan sos tomato, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kemudian masukkan tomato yang telah didadu halus, serbuk lada hitama dan oregano.
- Akhir sekali masukkan telur puyuh.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Spageti sedia dihidangkan bersama sos balognes telur puyuh.

PAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian tokan
- 1 batang fish cake | hiris memanjang
- 100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
- 2 biji telur
- 50gm tauge
- 50gm daun kucai
- 4 tangkai cili padi | hiris
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 ulas bawang merah | cincang halus
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 1 sudu makan kicap
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
- Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
- Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
- Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
- Seterusnya masukkan pula fish cake dan udang.
- Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
- Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
- Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.

SPAGETI GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
- 250gm spageti | rebus dan tos
- 2 biji telur
- 100gm udang | buang kulit dan kepala
- 1 batang fish cake | hiris
- 4 biji tauhu kering | hiris
- 100gm sawi hijau | hiris 3cm
- 2 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 3 ulas bawang putih | titik
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 3 biji cili padi | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan pula udang.
- Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos ikan.
- Kacau seketika, masukkan pula spageti, terus kacau.
- Pecahkan telur di dalamnya dan masukkan sawi. tauhu dan cili yang telah dititik tadi.
- Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

NASI GORENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk nasi
- 4 batang kacang panjang | hiris halus
- 5 biji cili padi merah | hiris halus
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 150gm daging kambing | potong dadu kecil
- 2cm halia | kisar halus
- 2 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh air asam Jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing.
- Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
- Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
- Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

PENNE AGLIO OLIO & AYAM GORENG SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm pasta Penne | rebus dan tos
- 100gm cendawan butang perang | hiris
- 100gm daging kisar
- 4 biji cili padi | hiris
- 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu kecil
- 1 sudu teh serbuk oregano
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu minyak zaitun
BAHAN AYAM GORENG:
- 1 keping dada ayam | kelar-kelar, cuci dan tos
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk cili
- Sedikit garam
- 1 biji telur | pecah dan kacau
- 1 cawan tepung goreng segera
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
- 1 cawan air stok ayam
- 2 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan kucap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan tepung jagung
- Sedikit garam dan gula
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan menyedikan Penne Aglio Olio, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan cili hingga keperangan.
- Masukkan daging kisar dan hirisan cendawan dan cili benggala.
- Kemudian masukkan pasta penne, gaul rata
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum angkat taburkan di di dalamnya serbuk oregano dan lada hitam.
- Gaul rata dan tutup api.
- Sementara itu sediakn goreng, gaulkan ayam dengan garam, serbuk lada sulah, kicap cair dan serbuk perasa ayam. Perapkan lebih kurang lima minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, masa yang sama celupkan ayam dalam telur kemudian gaulkan dengan tepung segera.
- Gorengkan ayam hingga kuning keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Akhir sekali sediakan Sos Lada hitam. Panaskan mentega dalam periuk,
- Tumiskan bawang putih, hingga kekuningan, masukkan sos lada hitam, kicap pekat dan sos tiram, kacau rata.
- Seterusnya masukkan air stok ayam yang dibancuh dengan sedikut tepung jagung.
- Kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
- Kecilkan api, kemudian perasakan sos dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Untuk menghidang, asukkan pasta penne dalam pinggan bersama ayam goreng yang telah dipotong-potong. Kemudian tuangkan sos lada hitam di atas ayam goreng,

