Hidup dikejar masa dan sentiasa sibuk menyebabkan korang rasa stres dan emosi tanpa sebab.  Sabar ye, tarik nafas perlahan-lahan dan hembuskan. Kemudian fikirkan macam mana nak suntik mood ceria dan jadikan korang bersemangat. Tak tau nak buat macam mana? Jom makan lima makanan ini, ia bukan hanya kudapan yang sedap, malah makanan ini dikatakan akan memberikan mood korang kembali ceria.

Cara Mudah Kawal Stres, Makan 5 Makanan Ini.

BADAM

Badan adalah kekacang yang sangat baik untuk menghilangkan stres kerana ia mengandungi asid amino tripofan. Asid ini membantu pembentukan hormon serotonin yang berfungsi menstabilkan emosi korang. Oleh itu, jika anda stres kudaplah badam agar mood swing kembali tenang dan ceria.

Ads

Cara Mudah Kawal Stres, Makan 5 Makanan Ini.

BAYAM

Bayam dikatakan sangat baik untuk menghilangkan brain fog yang menyebabkan anda rasa sakit kepala. Brain fog adalah keadaan di mana otak tidak mampu berfikir dan mengingati sesuatu dengan baik, ia mungkin disebabkan oleh stres, kurang tidur dan kerana faktor usia.  Dengan mengambil bayam yang kaya dengan lutein, ia boleh membantu otak memperkuatkan daya ingatan dan kembali ceria.

Cara Mudah Kawal Stres, Makan 5 Makanan Ini.

TEH HIJAU

Kandungan polifenol dalam teh hijau berupaya mencegah radikal bebas, antioksidan dan menjadikan seseorang itu awet muda termasuk mencegah otak dari mengalami kerosakan. Sementara kandungan asid amino L-theanine sangat bermanfaat untuk menghilangkan stres. Jika korang rasa tak sedap hati, rasa macam nak marah atau bosan tidak menentu, ambillah secawan teh hijau.

Cara Mudah Kawal Stres, Makan 5 Makanan Ini.

Ads

BLACK-EYED PEAS

Rasa stres amat sangat,cubalah bertenang sambil kudap kacang Black-Eyed Peas yang kaya dengan asid folat, di mana asid ini mampu merangsang hormon dopamin dan serotonin. Rangsangan ini membolehkan otak mengingati sesuatu dengan baik, seterusnya mood juga semakin baik dan seterus kembali bersemangat.

Cara Mudah Kawal Stres, Makan 5 Makanan Ini.

BUAH CERI

Ads

Buah ceri mengandungi asid amino triptofan dan melatonin yang sangat baik untuk menenangkan fikiran dan menjadikan pola tidur korang menjadi lebih baik. Oleh itu. bila korang tak boleh tidur dan stres, ambil je buah ceri dan makan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI