Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!

RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 kg daging tetel
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 3-4 helai daun limau purut – buang tulang tengah
  • 3 batang serai – ketuk

BAHAN KISAR HALUS:

  • 15@10 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas terlebih dahulu sebelum dikisar halus.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
  3. Seterusnya masukkan daging tetel. Masak sampai air daging keluar.
  4. Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut. Biarkan mereneh seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula melaka dengan secukupnya. Teruskan masak hingga daging empuk.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Cara Mudah Masak Asam Pedas Tetel Yang Sedap & Tak Liat.

Ads

INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.

Ads

Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI