Sekarang ni semua orang nak masak ringkas, cepat dan sedap. Salah satunya menu Daging Dedeng. Dengar macam susah tapi senang sebenarnya. Tak percaya boleh follow je resipi yang dikongsikan ini. Lagi ringkas kalau anda rebus daging dan titiknya siap-siap dan perap seharai sebelum dan simpan dalam peti sejuk. Setengah jam sebelum berbuka baru masak. Comfirm sedap.

DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging | rebus hingga empuk
1/2 cawan kicap
3-4 sudu makan cili boh/ pes cili kering
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
1 biji cili merah

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Hiris daging yang direbus empuk, titik bagi leper dan gaulkan dengan kicap pekat manis.
  2. Perap sekurang-kurang 1 jam. Kalau semalaman lagi sedap.
  3. Panaskan minyak, goreng sekejap dan angkat (asal goreng sahaja)
  4. Panaskan lebih kurang 3 sudu makan minyak lebihan goreng daging tadi. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  5. Tambahkan cili boh/cili kisar. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging goreng tadi, dan lengkapkan rasa jika perlu tambah garam, gula atau perasa. Ikut citarasa.
  7. Kecilkan api dan terus kacau daging hingga betul-betul kering.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan dengan nasi putih, atau nasi impit mahupun lemang.

Kredit: Wani Sulinan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI