Daging Palembang, antara menu mudah disediakan dan sangat sedap kalau anda tahu rahsiannya. Untuk memastikan daging empuk, sebaiknya anda rebus dulu daging, kemudian hiris nipis. Air rebusan daging simpan untuk dimasukkan dalam masakan, tujuannya supaya rasa manis dam nutrisi daging akan kekal dalam masakan. Jika anda ingin mencuba, resipi di bawah ini boleh membantu anda menyediakan Daging Palembang dengan cepat dan sedap.

DAGING PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | direbus dan hiris nipis
6 batang serai | dititik
1 cawan air rembusan daging
1 cawan kicap lemak manis
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan rempah kari
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 sudu makan kerisik
BAHANKISAR:
1 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkuas
10 biji cili kering
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Ads

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama serai hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, terus kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging yang telah direbus dan gaul sebati.
  4. Kemudian tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh.
  5. Setelah air daging kering masukkan daun kari, kicap pekat manis dan kerisik.
  6. Jika kurang masin atau manis, boleh tambah garam dan gula.
  7. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah timbul minyak.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Lagi resipi berkaitan:
https://www.rasa.my/opor-daging-cara-orang-pekan-masak-sangat-sedap-boleh-cuba/
https://www.rasa.my/serius-sedap-sup-ekor-ala-thai-ni-berbaloi-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-beef-stew-yang-mudah-dan-sedap/
https://www.rasa.my/asam-rebus-cili-keringtulang-daging-sedap-sihat-ini-cara-masaknya/
https://www.rasa.my/ini-3-lauk-sedap-senang-masak-sesuai-sebagai-hidangan-lepas-raya/

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI