Kuih Topi @ Cucur Topi. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Lebih terkenal di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ni dengan nama Cucur Jawa. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi tak ada yang jual, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je.
RESIPI KUIH CUCUR TOPI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis
1 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).
Ads
3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.
4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.
Ads
5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
Sesekali teringin nak makan Bingka @ Bengkang Ubi Kayu, anda boleh cuba membuatnya sendiri kerana kuih ini sangat senang disediakan. Cuma memerlukan sedikit usaha untuk menyediakannya. Sedap dan sangat memuaskan. Makan masa baru lepas dimasak, memang sangat sedap. Bila buat sendiri ni, tahap kemanisannya juga kita boleh sesuaikan ikut selera. Nak cuba? Saudari Fifa Ayu ada kongsikan resipi yang cukup mudah untuk anda. Ada tip bagi anda yang nak buat kuih ini tapi menggunakan santan kotak. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI BINGKA @ BENGKANG UBI KAYU
BAHAN-BAHAN: 4 cawan penuh (padat) ubi parut/ kisar 1 cawan santan pekat – beli online disini 1 cawan air 1 cawan gula – beli online disini 1 sudu teh garam Beberapa titik pewarna kuning telur (empunya resipi guna pewarna oil base) – beli online disini 2 sudu makan marjerin @ mentega yang dicairkan – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Kupas licin ubi kayu kemudian parut. Anggaran ubi kayu yang digunakan lebih kurang 1 kg lebih (masih ada sisa). Parutan ubi kayu ini tidak perlu diperah.
2. Sukat parutan ubi kayu sebanyak 4 cawan penuh dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air, santan pekat, gula, garam dan pewarna. Kacau sebati.
3. Adunan yang sudah dikacau. Jika menggunakan santan kotak, masukkan 2 sudu makan marjerin atau mentega yang dicairkan (optional). Kacau sebati sekali lagi.
4. Ambil loyang dan griskan dengan mentega dan juga dilapik dengan baking paper. Masukkan adunan. ( empunya resipi guna loyang saiz 8 inci.)
5. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 1½ jam atau mengikut ketuhar masing-masing.
6. Bila Bingka Ubi Kayu telah siap dibakar, boleh letak majerin @ mentega dan sapu dipermukaannya supaya nampak cantik berkilat dan kerak pun sedap.
7. Bila kuih telah sejuk atau suam, keluarkan dari loyang dan potong. Sedia untuk dinikmati.
Suka makan Kuih Seri Muka Durian? Maklumlah, tengah musim kan. Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian. Nak cuba buat? Saudari Atier Syah ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kisar semua bahan lapisan atas. Kemudian tapis dan masak di atas api perlahan sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 3 minit. Adunan kena sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
Kukus kuih Seri Muka selama 40 minit. Buka tudung periuk kukusan dan kukus lagi selama 5 minit bagi mengeringkan air pada permukaan kuih.
Padamkan api dan sejukkan selama beberapa jam. Potong kuih menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik.
Minum petang ni kita hidangkan kuih melayu. Dah lama tak buat kuih ketayap ni. Intinya yang manis menyedapkan lagi rasa ketayap. Kalau warna inti kurang gelap, tambahkan gula merah. Inti bagi basah-basah sikit.Bila makan rasa berjus.Resepi ni boleh juga untuk nak buat kuih cara manis.
KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan santan (daripada ½ biji kelapa, ambil separuh)
1/2 cawan air pandan
2 ½ cawan tepung gandum
1 biji telur
½ sudu besar tepung ubi
1 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Pewarna hijau
Cara membuat:
1.Kisar semua bahan kecuali minyak masak, pewarna dan garam.
2.Tapis.
3.Masukkan minyak masak dan pewarna,secubit garam.Kacau sebati.
INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Sedikit tepung gandum
Cara membuat:
1.Air,daun pandan,gula merah,gula pasir dimasak hingga gula larut.
2.Masukkan kelapa.Kacau dan dimasak hingga hampir kering.
3.Taburkan sedikit tepung gandum.
4.Kacau-kacau, siap.
Cara masak kulit ketayap:
1.Panaskan kuali.
2.Oles minyak masak.
3.Adunan dikacau dulu. Ambil sesenduk. Tuang atas kuali.Dadarkan adunan tu.
4.Tepi keliling dah lekang, angkat.Buat sehingga adunan habis.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!